![]() |
| |
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar (gambar) semalam bebas daripada sabitan atas tuduhan rasuah dan hukuman penjara serta denda setelah Mahkamah Tinggi di sini membenarkan rayuannya.
Hakim Datuk Ghazali Cha yang membuat keputusan itu mengetepikan sabitan dan hukuman penjara selama enam tahun serta denda RM620,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 20 Disember lalu.
Sebelum ini, Yusof dijatuhi hukuman tersebut setelah dia didapati bersalah terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China.
Dalam penghakimannya, Ghazali berkata, kes tersebut melibatkan perantaraan dengan seseorang yang dikenali sebagai 'atuk' tetapi dia tidak dipanggil memberi keterangan bagi mengesahkan fakta bahawa dia mengambil duit daripada Yusof.
Katanya, pihak pendakwaan juga hanya bergantung kepada tulisan tangan Yusof yang menandakan 'lulus' pada dokumen sedangkan ia bukanlah bukti Yusof telah dibayar. Pendakwaan juga gagal membuktikan elemen penerimaan wang oleh Yusof.
Kosmo

No comments:
Post a Comment