Thursday, March 1, 2012

Doktor Perkosa Gadis Bisu Dan Tuli

posted by indah.com on 01 Feb 2012

Seorang gadis yang bisu dan tuli diperkosa oleh doktor muda di sebuah hospital pemerintah di Benggala Barat, India. Setelah kejadian, gadis berumur 19 tahun itu ditemukan terbaring tak sedarkan diri dalam keadaan telanjang di hospital tersebut.
"Kami telah menerima laporan bahawa seorang gadis yang bisu dan tuli telah diperkosa oleh seorang doktor muda di Bankura Sammilani Medical College. Mangsa telah diperiksa secara medik oleh pihak tempatan dan kami sedang membawanya ke Kalkuta untuk menjalani ujian lainnya," ujar Ketua Polis Bankura, Pranav Kumar, seperti dilapor oleh The Times of India, Rabu (29/2/2012).
Baju yang dipakai mangsa serta juga cadar yang berada di lokasi kejadian juga ikut diperiksa di makmal.
Pada Isnin (27/2) malam waktu setempat, diketahui bahawa mangsa mendatangi hospital untuk memeriksakan sakit dada yang dideritanya. Namun yang terjadi selanjutnya, gadis malang itu ditemukan telanjang dan tak sedarkan diri di sebuah bilik di hospital tersebut.
Pihak keluarga pun segera melapor ke pihak polis. Namun pihak hospital juga tidak tinggal diam. Mereka menunjuk pasukan khas untuk menyiasat insiden ini.
"Kami menerima aduan terkait hal ini. Dilaporkan bahawa doktor bersangkutan memeriksa pesakit  tanpa didampingi oleh staf perempuan rumah sakit mahupun sururawat perempuan lainnya. Tim penyelidik akan menyiasat lebih jauh tudingan tersebut," terang Kepala RS, Panchanan Kundu.
Insiden ini terjadi di saat pemerintahan negara bahagian Benggala Barat yang dipimpin oleh menteri perempuan, Mamata Banerjee, menghadapi kritikan keras soal kes pemerkosaan yang terus meningkat.
Tercatat bahawa pada awal bulan Februari ini, seorang wanita India keturunan Inggeris diperkosa di taman Kalkula. Kemudian pada 24 Februari lalu, seorang wanita pemulung di Baranagar diperkosa sejumlah lelaki dan kemudian dibunuh oleh seorang pemandu  trak. Lalu di distrik Burdwan, seorang wanita diperkosa oleh para perompak  setelah cuba melawan mereka.sumber
 

No comments:

Post a Comment