Saturday, March 3, 2012

Zalimnya ! Kanak-kanak 12 tahun dipaksa layan 100 lelaki

 

Ibu Paksa Anak Jadi PelacurSeorang kanak-kanak perempuan 12 tahun dipaksa ibunya untuk melayani lebih dari 100 lelaki. Kezaliman ini terbongkar dan   ibunya  berserta pasangannya di penjarakan.

Seperti laporan Sydney Morning Herald, kelmarin, di perbicaraan terungkap, Wanita dari Tasmania, Australia itu bekerja sama dengan pasangannya, Garry John Devine (51) menempah sebuah bilik hotel di Hobart untuk digunakan oleh anaknya untuk  melayani lelaki.

Wanita itu juga menyediakan kondom untuk digunakannya. Bilik tersebut digunakan selama dua malam. Devine bertugas mengawal anak perempuannya itu dan bertugas mengetuk pintu bilik memberitahu pelanggan bahawa waktu mereka telah habis.

Pelacuran itu kemudian dilteruskan di kediaman Devine.Kejadian ini terus berlangsung selama sebulan. Dikatakan anak perempuan itu telah berhubungan seks dengan lebih dari 100 lelaki selama sebulan tersebut.
Ibunya akan mengenakan bayaran tambahan 50 dolar Australia bagi lelaki yang tidak mahu memakai kondom. Akibatnya, anak malang tersebut mengalami beberapa penyakit kelamin. Atas perbuatannya, wanita berumur 41 tahun tersebut di hukum penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Australia.


Sumber http://edisikini.com/

No comments:

Post a Comment