Sunday, September 30, 2012

Wanita Aneh, Mandi Menggunakan Darah Kuda Yang Sudah Mati

Seiring berjalannya waktu dari tahun ke tahun, di dunia ini semakin banyak kejadian yang benar-benar aneh dan mengundang tanya. Banyak orang melakukan adengan yang menurut orang lain itu gila dan tidak wajar namun mereka tetap melakukannya. Seperti wanita pada gambar-gambar ini, ia menggunakan darah kuda untuk mandi. Sungguh menjijikkan.
Sungguh tidak boleh dimengerti? Sebenarnya apa tujuan wanita ini mandi sisa-sisa darah kuda? Apa maksudnya untuk dijadikan azimat? Atau hanya pesta mandi darah kuda untuk mencari sensasi? Borak Kosong

TG Nik Aziz ketuai konvoi R ke Putrajaya

Harakahdaily

30 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mengetuai konvoi menuntut royalti ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.

Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum.

Presiden R, Nazri Deraman berkata,Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu telah bersetuju untuk mengetuai konvoi pada hari tersebut.

"Kita telah terima makluman tenghari tadi bahawa YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri dan mengetuai program
Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober 2012 (Rabu) nanti.

"Beliau juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam," katanya.

Sehari sebelum berkonvoi ke Putrajaya, pasukan konvoi akan menyertai Ceramah Mega R Tuntut Royalti di Shah Alam.

Program itu akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Selain mereka, turut akan hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Dato Husam Musa, wakil pimpinan Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin, wakil pimpinan Sarawak YB Baru Bian termasuk wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain.

Menurut Nazri, Konvoi Mega seluruh negara ke Putrajaya diadakan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat Malaysia, terutamanya Negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka agar dikembalikan.

"Ia sebagai saluran baru bagi memberi tahu seluruh rakyat Malaysia selepas semua saluran media pro-kerajaan mahu menutup isu tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke negeri," katanya.

Pada hari himpunan di Putrajaya itu juga, mereka akan menyerahkan 150 ribu tandatangan atau referandum kepada Datuk Seri Najib Razak, di pejabat Perdana Menteri.

"Jumlah itu adalah 10 peratus nisbahnya daripada Rakyat Negeri Kelantan bagi menggambarkan kepada Perdana Menteri bahawa seluruh Rakyat Kelantan mahukan Wang Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri, Minyak dan Gas perlu didaratkan ke Negeri Kelantan dengan segera," ujarnya.

Selain itu, konvoi juga dijangka ke ke Menara Petronas di KLCC bagi menyatakan tuntutan mereka.

Amah penggal anak majikan

myMetro


YANBU: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang memenggal kanak-kanak berusia empat tahun dengan pencincang dirujuk ke Hospital Sakit Jiwa Madinah, semalam.
Pakar jiwa di daerah ini membuat keputusan itu selepas memeriksa suspek.

Polis yang menahan suspek di rumah majikannya selepas menemui mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai Tala, menghantar pembantu rumah berkenaan ke hospital selepas dia cuba membunuh diri dengan meminum peluntur.


Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan tetapi dikatakan masih trauma dengan pembunuhan anaknya. Dia pengsan selepas melihat mayat anak bongsunya dengan kepala terkulai di atas katil selepas pulang daripada mengajar.

Si ibu, guru yang mengajar di sebuah sekolah di Yanbu, Bandar Pelabuhan Laut Merah dalam wilayah Madinah di barat Arab Saudi, tidak sangka melihat anaknya kali terakhir sebelum meninggalkan rumah untuk mengajar pada hari kejadian. Dia dikatakan mempercayai pembantu rumah itu dan melayaninya dengan baik.


Amah dari Indonesia itu yang namanya tidak disiarkan media Arab Saudi sudah bekerja dengan keluarga berkenaan sejak tujuh tahun lalu dan dikatakan cekap dalam melakukan kerja rumah.



“Tingkah laku dan sikapnya amat memuaskan dan dipuji oleh sanak saudara, rakan serta jiran majikan. Dia sepatutnya pulang ke Indonesia minggu depan,” kata anak saudara mangsa.

Polis berkata,pembunuhan kanak-kanak itu terbongkar apabila ibu mangsa bersama anaknya yang lain. Bagaimanapun, mereka tidak dapat membuka pintu yang diselak dari dalam. Pembantu rumah itu enggan membuka pintu selepas diminta oleh majikannya, sebaliknya mengancam membunuh si anak yang di bawah jagaannya.


Ibu mangsa yang ketakutan menelefon suaminya. Si suami kemudian melaporkan kepada polis sebelum bergegas pulang.

Polis yang memecahkan pintu rumah berkenaan, menemui amah itu, duduk menonton televisyen. Tetapi anak sulung keluarga itu, Yara, meluru ke kamar tidur dan melihat mayat adiknya berlumuran darah dengan kepala terkulai.


Akhbar Al-Madinah memetik seorang anggota keluarga mangsa sebagai berkata, pembantu rumah itu kelihatan marah dan kecewa selepas menerima mesej menerusi sistem khidmat pesanan ringkas pada telefon bimbitnya, sehari sebelum kejadian. - 

Cermin kereta dinaiki Salahudin Ayub dipecah.Kereta Hishamuddin Rais pula disimbah asid

Harakadaily

Hazayani Zakaria, 30 Sep 2012


KUALA LUMPUR: Cermin kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dipecahkan manakala dua tayar ditoreh di Sungai Rengit, Pengerang tengah hari tadi.

Perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit pagi tadi.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut menaiki kereta tersebut bersama Abdul Rahman berkata, perkara itu disedari ketika mereka selesai menunaikan solat Zuhur di masjid berdekatan.

"Kita percaya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan penduduk mengadakan perhimpunan hari ini sebab itu melakukan perbuatan khianat ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun laporan polis belum lagi dibuat berhubung kejadian itu.

Salahuddin yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) sementara itu berkata, himpunan yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk pagi tadi berlangsung dalam keadaan aman dan dikawal polis walaupun pelbagai ugutan diterima.

"Banyak ugutan yang kita terima termasuk sms, panggilan telefon berbentuk amaran agar kita tidak meneruskan himpunan,"
katanya.

Selain itu, kereta yang dinaiki aktivis Hishamuddin Rais pula disimbah asid.

Himpunan pagi tadi bagi membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang.

Gambar hujung dari Tembok Besar China

Tembok besar China adalah bangunan yang masuk dalam kategori 7 keajaiban dunia pada tahun 1997. Tembok yang memiliki nama Tembok Sepanjang 10,000 Li ini merupakan bangunan terpanjang yang pernah di buat manusia pada masa Dinasti Qing dengan panjang keseluruhan tembok 8,850 km.
Shanhaiguan ujung timur Tembok Besar China

Tembok ini dibangun atas perintah Kaisar pertama China yaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Pemerentahan Kaisar China. Perlu waktu puluhan tahun yakni dari 220 - 206 SM untuk merampungkan tembok raksasa ini.

Tembok besar China merupakan tujuan wisata pelancung di dunia, banyak pelancung asing setiap tahunnya mengunjungi tembok besar China ini. Namun tahukah anda dimana ujung dari tembok besar China ini?

Top Lake di sebelah barat, ujung lainnya ada di Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon's Head atau disebut juga Laolongtou. Hujungnya persis menjorok ke Laut Bohai. Tempat ini jadi destinasi wisata kerana di atasnya bertengger menara pemantau dan sebuah kuil.
Laolongtou

Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut lepas.

Nama Laolongtou diberikan kerana hujung tembok ini mirip naga panjang yang kepalanya terbenam di air laut. Pengunjung boleh naik ke atas tembok dan melihat langsung panorama laut lepas, juga mengunjungi menara pemantau dan sebuah kuil di atasnya.

Namun rupanya, tak sepenuhnya bahagian Laolongtou adalah bangunan asli. Mengutip situs Amusing Planet, pada Julai 1905 tentera Jepun mendarat di Shanhai Pass. Mereka membombardir area itu, menghancurkan beberapa sisi tembok ini. Apa yang berdiri sekarang adalah upaya pemerintah China untuk membuat replika dari bangunan aslinya.

Laolongtou dibahagi menjadi tujuh bahagian yaitu Estuary Stone City, Menara Chenghai, Nereus Temple, Jinglu Beacon Tower, Nanhaikou Pass, Ningchai City, dan Binhai Walls. Dua tempat favorit wisatawan adalah Changtai Tower dan Nereus Temple yang bertengger di atasnya.

Changtai Tower adalah bangunan dua tingkat dengan pondasi kayu dan bata, berfungsi sebagai menara pemantau. Nereus Temple tersohor kerana pernah didatangi para Kaisar di masa Dinasti Qing.

Kuil inilah yang jadi tempat mereka berdoa kepada leluhur sebelum melanjutkan perjalanan ke sebelah timur laut China. 

Suspek tembak 2 anggota polis mati ditembak


  sinar harian
30 September 2012
R. Subramaniam
R. Subramaniam, 52, yang cedera ditembak sekumpulan penjenayah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Polis hari ini menembak mati salah seorang daripada tiga suspek yang disyaki terbabit menembak dua anggota polis peronda di Jalan Kuchai Lama, di sini, Rabu lalu.

Dalam insiden kira-kira pukul 3 pagi, suspek berusia 32 tahun itu  melarikan diri apabila kereta jenis Proton Waja yang dipandunya cuba ditahan polis berhampiran pusat membeli-belah Mid Valley di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata suspek yang menaiki kereta itu seorang diri enggan berhenti lalu dikejar anggota polis sehingga kenderaan suspek terbabas di kawasan parkir Taman Desa Water Park.

"Apabila anggota polis menghampiri kenderaan tersebut untuk membuat pemeriksaan, suspek keluar daripada keretanya dan melepaskan beberapa das tembakan," katanya pada sidang media di sini.

Ku berkata sebagai langkah mempertahankan diri, anggota polis terpaksa membalas tembakan sehingga suspek terbunuh di tempat kejadian.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol semi automatik berwarna silver mengandungi sebutir peluru hidup, satu kelopak mengandungi sebutir peluru hidup 9mm jenis Luger, dua butir kelongsong peluru jenis Luger dan sebuah kapak dalam kereta tersebut.

Beliau berkata kenderaan yang digunakan suspek dilaporkan hilang di Kelana Jaya pada Ogos lepas.

Katanya mayat suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Ku berkata pihak polis sedang mengesan dua lagi individu iaitu Wan Fadrulzaman Wan Mohamad Fadil, 30, berasal dari Lanchang Mentakab, Pahang dan seorang remaja berusia 17 tahun untuk membantu siasatan kes itu.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang Rabu lalu, Koperal R. Subramanian, 52, dan Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini.

Subramaniam cedera di bahagian perut dan rakan setugasnya Nor Azlan  cedera di leher dan keadaan mereka dilaporkan stabil di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya. - Bernama

Pemuda Gerakan mahu boikot, Koh gesa 'Satu Hati'

  • Nigel Aw
  • malaysiakni  Sep 30 2012
 
Presiden GerakanTan Sri Koh Tsu Koon merayu kepada setiap lapisan parti itu supaya bersatu bagi memecahkan rekod kekalahannya di Pulau Pinang dalam pilihan raya lalu.
Katanya, Pulau Pinang sentiasa berada di hati Gerakan dan berterima kasih kerana berpeluang untuk berkhidmat di negeri itu.

Sekiranya anggota parti itu "satu hati", rakyat akan memberi peluang untuk menebus kekalahan itu, kata Koh kepada para perwakilan di persidangan perwakilan nasional parti itu di Kuala Lumpur pagi ini.
Kempen "Satu Hati" itu dinyatakannya sehari selepas sayap pemudanya mengumumkan untuk tidak akan menghantar perwakilan ke sesi perbahasan pada persidangan perwakilan nasional parti itu hari ini.

Pemuda Gerakan berbuat demikian sebagai tanda bantahan terhadap badan induk parti itu yang sebelum ini dilihat telah meminggirkan pergerakan itu, kata Ketuanya Datuk Lim Si Pin.

Ucapan Koh hari ini juga sebagai reaksinya kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Mac lalu yang yakin bahawa Pakatan Rakyat mampu mengekalkan negeri itu dan BN akan "makan telur".
Gerakan membentuk kerajaan selama hampir 39 tahun namun tewas di semua kerusi yang ditandinngi di negeri itu pada pilihan raya umum lalu.
Dalam ucapannya hari ini, Koh turut menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mengaitkan kempen kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT) kerajaan negeri dengan "berlagak, angkuh dan tokong" (cocky, arrogant and tokong).

"Itulah dia CAT)", katanya yang berkata, inilah peluang untuk Gerakan melancarkan menyerang balas.

Katanya, banyak isu mengenai Pakatan Rakyat yang sudah didedahkan di Pulau Pinang sepanjang empat setengah tahun lalu.

Tambahnya, parti itu juga akan berusaha untuk merampas semula Kedah, Selangor dan Kelantan, selain mempertahankan Perak, Johor dan Sabah yang diserang Pakatan Rakyat.

"Kita akan serang dan pertahan," katanya.

Suku kaum yang mempunyai sihir terkuat

1. Gypsy
Kata Gypsy adalah berasal dari lepasan Mesir, tetapi paling baik diterapkan untuk dipahami adalah Gypsy sebagai pengembara, ras misterius, tersebar di seluruh Eropa dan bagian Asia, Afrika, dan Amerika. Sebenarnya suku Gypsy adalah orang yang tidak mempunyai rumah permanen, atau disebut nomaden. Tetapi jika saja kita mempermalukan mereka, maka mereka pun tidak segan-segan mengeluarkan kata-kata berbau kematian kepada kita..

Sihir :
Mungkin Lamia merupakan sihir paling buruk yang digunakan orang Gypsy. Biasanya sihir ini digunakan untuk hukuman. Cara kerjanya adalah dengan mengambil sesuatu milik kita, entah kancing, pena, dll, dan mengucapkan mantra kepada benda tersebut. Lamia va lua sufletele lor, ?i le pun în locul s?u în cazul în care sufletele nu va fi din nou reîncarnare (Lamia mengambil jiwanya setelah beberapa hari, dan membawanya ke siksaan tak berujung). Satu hal yang perlu diingat, jangan tertipu oleh dandanan mereka.

2. Indian
Suku Indian adalah historis suku, bangsa, atau kelompok lain atau komuniti masyarakat adat di Amerika. Beberapa suku Indian diakui di tingkat negara bagian dengan menggunakan prosedur yang didefinisikan oleh berbagai negara, tanpa memperhatikan pengakuan federal. Suku-suku lain yang tidak dikenal karena mereka sudah tidak ada lagi sebagai suatu kelompok yang terorganisir atau kerana mereka belum menyelesaikan proses sertifikasi yang didirikan oleh badan pemerintah yang bersangkutan.

Sihir :
Sihir terjahat masyarakat pedalaman Amerika ini adalah Na Munda. Ini berbeda dengan voodoo yang ada di Haiti. Biasanya suku Indian melakukan sihir ini dengan memanggil arwah dengan menggunakan badan mereka dengan nyanyian atau mantra dan tarian-tarian khusus. Sihir ini akan menyebabkan kematian tanpa bekas. Belakangan ini sihir ini juga digunakan untuk menyembuhkan dan peramalan.

3. Bulgarian Mystery
Bulgarian Mystery merupakan kumpulan orang dari Bulgaria yang memiliki sihir tingkat tinggi jarak jauh. Sihir ini digunakan untuk perebutan wilayah pada zaman pembagian daerah di Eropa Timur.

Sihir :
Sihir paling mengerikan masyarakat Bulgaria adalah nyanyian. Malka Moma yang dinyanyikan dengan nada tinggi merupakan sihir yang unik dan berbeda dari suku lainnya. Tetapi, sekarang sihir ini sudah tidak ada lagi. Sekarang sudah dijadikan budaya masyarakat Bulgaria dalam menyanyi, karna sihir ini termaksud sihir nyanyian yang indah.

4. Kiyuku
Kiyuku adalah nama dari sebuah suku di Afrika, merupakan pecahan dari Murci dan Dassanech. Kiyuku mencari tempat dengan cara berpindah-pindah dari kawasan Africa sampai ke Ethiopia.

Sihir :
Sihir yang dimiliki adalah Kiyuku Dancer atau tarian Kiyuku. Masyarakat setempat sendiri belum mengetauhi dengan jelas apa yang dimaksud dengan tarian tersebut. Ada yang bilang menurunkan hujan, Santet, bahkan ada beberapa yang mengatakan orang-orang ini dapat mengubah gurun menjadi salju.

5. Mayan
Mayan merupakan kumpulan orang-orang luar biasa yang berada di pedalaman hutan Mexico dan Guatemala. Merupakan suku yang paling modern pada zaman tersebut karena sudah dapat menghitung kalender bintang, dan merupakan ahli matematika.

Sihir :
Jangan berpikir bahwa Maya hanya suku yang mempunyai kemampuan berhitung saja, Toltec adalah nama, atau julukan kepada tertua Maya, atau bisa disebut orang bijak. Mereka memiliki kemampuan dapat memanggil hujan, kekuatan dalam perang, dan memunculkan matahari dengan melakukan sesembahan berupa jantung manusia yang tidak lain berasal dari suku mereka atau musuh. Suku inilah yang memerangi bangsa Indian.

6. Maasai
Maasai merupakan suku yang berasal dari Kenya. Arrogant, Fearless, dan Free, merupakan julukan yang cocok bagi mereka. Selama 100 tahun, Maasai tidak mengambil atau terpaku kepada aturan, damai dalam berperang, wang untuk hidup, dsb.
Sihir :
Maasai tidak berdasarkan kepada sihir dan guna-guna. Mereka cenderung berdoa dan memiliki dewa yang bernama Enkai. Tidak heran kenapa suku Maasai dinamakan “Warriors”. Konon dengan bantuan dari Enkai, mereka dapat berlari secepat singa dan juga menjadi kebal..
 

Penganalisis: Fokus bajet kepada pengundi muda, luar bandar belum tentu menguntungkan BN dalam PRU 13


September 30, 2012
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempertaruhkan apabila menyampaikan Bajet 2013 mesra belia dan luar bandar untuk meningkatkan sokongan pilihan raya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi penganalisis berkata inisiatif jangka pendek tidak cukup untuk mendapatkan sokongan popular pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bajet RM256.1 bilion yang dibentangkan pada hari Jumaat lalu, telah digambarkan sebagai “bajet pilihan raya” oleh pentadbiran Najib yang sudah bersedia untuk melawan dengan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU akan datang.

Pengarah eksekutif pengumpul suara bebas Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, mengatakan Bajet ini mensasarkan dua kumpulan utama — penduduk luar bandar dan berpendapatan rendah, dan pengundi muda yang bakal mengundi pertama kali.
“Yang pertama, adalah pengundi luar bandar dan berpendapatan rendah yang biasanya sumber sokongan kuat terhadap BN,” katanya, sambil menambah bahawa Bajet ini mungkin mengakibatkan gabungan BN terus mendapat sokongan kuat daripada kumpulan ini.

Beliau berkata Bajet ini mungkin mempunyai impak lebih besar kepada pengundi berpendapatan rendah, oleh kerana “banyak isi rumah akan ketinggalan” dalam pemberian kerajaan, memetik Selangor sebagai contoh, di mana purata pendapatan isi rumah adalah lebih daripada RM4000.
Pusingan kedua pemberian RM500 di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, manakala skim itu kini juga akan memberi RM250 kepada orang bujang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000.

Beliau berkata bagi pengundi muda, faktor “jurang luar bandar-bandar” masih akan membuat perbezaan.
Di kawasan luar bandar, “kos sara hidup cenderung lebih rendah... wang bertahan agak lama dan mempunyai impak yang lebih besar terutamanya di Sabah dan Sarawak”, kata beliau.
Akan tetapi, pemberian wang tunai tidak pergi terlalu jauh di kawasan bandar, katanya.
Beliau berkata rebat bagi pembelian telefon pintar adalah “pedang bermata dua” bagi BN, dengan mengatakan bahawa orang ramai akan mendapat “akses kepada Internet” dan “tidak ada kawalan tentang jenis berita mereka dapat”.

Di bawah Bajet, mereka yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3, 000 akan mendapat diskaun sebanyak RM200 apabila membeli telefon pintar.
Tetapi dua penganalisis lain tidak bersetuju dengan Ibrahim, mengatakan bahawa Bajet ini berkemungkinan tidak mempunyai banyak kesan kepada keputusan pengundi luar bandar ‘mengenai siapa yang mereka sokong.

Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata beliau mempunyai keraguan kuat tentang “sejauh mana pengumuman ini boleh diterjemahkan kepada undi”.
Beliau menolak kira kesan pemberian di bawah Bajet untuk golongan bergaji rendah, menunjukkan bahawa harga gula akan naik sebanyak 20 sen sekilogram dengan pengurangan dalam subsidi kerajaan.
Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata “pengundi tidak perlu mengundi orang-orang yang memberikan mereka wang”, mengatakan bahawa pengundi mengekalkan hak mereka untuk memilih.

“Melainkan Belanjawan Jumaat lalu mengatakan ini bukanlah bayaran one-off tetapi jika kita terus berkuasa, kita akan terus memberi atau meningkatkan pemberian ... mungkin hasilnya akan berbeza,” kata Dr Agus.
Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Inisiatif Dasar, berkata “jumlah yang diberikan kepada penduduk luar bandar dan kumpulan berpendapatan rendah adalah sangat kecil.”
Beliau menambah bahawa Bajet ini tidak menyelesaikan masalah gaji rendah, pekerjaan rendah produktiviti dan kekurangan peluang untuk maju, mengatakan bahawa pengundian kumpulan ini berkemungkinan “tidak” dipengaruhi.

Katanya lagi, mereka masih perlu berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.
Apabila mengulas mengenai pengundi muda, beliau berkata: “Saya akan sangat terkejut jika mereka mengubah fikiran.”
“Mereka akan menyedari ini adalah cubaan untuk membeli undi,” kata Lim menerangkan pemberian dalam Bajet “lebih kepada gimik”.

Beliau juga berkata bahawa dalam percubaan untuk menggembirakan semua orang, kerajaan berhadapan risiko “ menyenangkan sangat sedikit orang”, sekali lagi menunjuk kepada jumlah “kecil” setiap pemberian.
Ibrahim juga menyatakan bahawa “pengundi menjadi semakin mahir memahami pemberian dari ahli-ahli politik”.

Beliau berkata bahawa apa-apa kesan ke atas pengundi dengan Bajet “mungkin terhad” oleh kerana “saya amat mengesyaki orang sudah tahu akan ada wang tunai”.
Beliau juga “teragak-agak” untuk mengatakan bahawa akan ada “sokongan melantun ketara kepada BN”.
 The Malaysian Insider

Mahasiswi Brazil Melelong Keperawanannya





TRIBUNNEWS.COM, RIO DE JANIERO - Di dunia ini, apapun sepertinya boleh dilelong, termasuk keperawanan.

Lihat saja kelakuan Catarina Migliorini (20). Mahasiswi di Brasil tanpa malu melelong keperawanannya.

Seperti diwartakan Daily Mail, Sabtu (29/9/2012), wang hasil lelong keperawanan bakal digunakan untuk kegiatan sosial, seperti membangun rumah untuk keluarga miskin.

Kisah ini berawal dua tahun lalu, saat Thomas William Productions memasang iklan untuk mencari perawan, untuk membuat film dokumentari bertajuk 'Virgin Wanted'.
Justin Sisely, sang sutradara projek ini, ingin merakam emosi wanita yang bersedia melelong keperawanannya. Saat melihat iklan itu, Migliorini tertarik dan bersedia menandatangani projek lelong keperawanan.

Hingga kini, penawaran tertinggi mencapai angka 155 ribu dolar Amerika  .
Dari hasil lelong yang berakhir pada 15 Oktober nanti, gadis berdarah Itali  bakal mendapat wang sebesar 20 ribu dolar AS, serta 90 persen dari hasil lelong.
Lelaki yang memenangi lelong akan diuji lebih dulu. Seperti tujian pemeriksaan penyakit seksual menular, untuk menghindari hukum pelacuran. Sang pemenang juga akan diwajibkan memakai kondom, saat 'mencicipi barang buruannya'. (*)

Bajet 2013 bajet politik semata-mata - Tuan Guru Abdul Had

Harakahdaily

Salmiyah Harun , 30 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu sebagai bajet politik semata-mata.

Beliau berkata, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk 'one off' kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti.

Misalnya, kata beliau kerajaan hanya memberi penekanan soal teknikal sahaja tanpa menghiraukan bagaimana pelaksanaan dan pengagihan supaya sampai kepada sasaran.

"Duit yang diberi kepada petani dan nelayan akhirnya berlaku penyelewengan, sepatutnya bagi baja dengan harga murah. Bagi duit kemudian habis begitu sahaja. Bertani tidak selesai, pertanian entah kemana.

"Bagi subsidi minyak pula akhirnya dimonopoli oleh nelayan-nelayan laut dalam,"katanya yang ditemui Harakahdaily semalam.

Katanya, pengagihan yang tidak telus ini menyebabkan kekayaan hanya berlegar di kalangan kroni akhirnya sasaran yang sepatutnya tidak dapat insentif yang dijanjikan.

"Ini perubahan yang perlu dibuat rakyat dan mereka kena sedar berlaku ketirisn dan penyelewengan.

"Janji ditepati bina stadium akhirnya stadium runtuh, janji ditepati buat jalan tapi tak siap, kena tambah peruntukan sebab tidak ada kepentingan untuk kerajaan," katanya.

Selain itu, konsep belanjawan dalam Islam menurut beliau antara lain bukan sahaja memastikan sumber pendapatan negara itu dari sumber yang halal malah memastikan ianya diperolehi bukan dengan cara zalim.

"Sumber mesti halal ataupun tidak diambil secara zalim.

"Rompak duit royalti itu zalim," katanya.

Tambahnya, kekayaan yang ada di dalam negara boleh dipusing melalui sistem percukaian yang ada dalam Islam antaranya sistem zakat.

Jelas Abdul Hadi, zakat ialah petunjuk konsep percukaian iaitu diambil daripada mereka yang berada dan dipulangkan kepada mereka yang memerlukan, manakala cukai pula dikenakan kepada orang bukan Islam.

"Zakat pun boleh ganti cukai. Zakat adalah wajib dan tidak boleh dihapuskan berbeza dengan cukai.

"Walaupun negara mempunyai bertimbun kekayaan tetapi zakat wajib juga dikeluarkan, tetapi cukai boleh dihapuskan" katanya.

Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami

NORFARHIZA MOHD ATAR
30 September 2012
Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami Labels
Halim menceritakan kepada penulis mengenai nasib dirinya yang menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.
SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia  dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.sinar harian

Ribuan sertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang

Harakahdaily, 30 Sep 2012


(Antara ribuan penduduk yang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang)


JOHOR BAHRU: Beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hari ini.

Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara.

Himpunan yang turut disokong PAS itu diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang.

Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang.

Sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan.

Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya.

cara bakar satay yang ANEH dan UNIK

 cara bakar satay yang ANEH dan UNIK



1Absolutely WTF Kebab Cooking
2
3Absolutely WTF Kebab Cooking
4Absolutely WTF Kebab Cooking
5
6Absolutely WTF Kebab Cooking
7
8Absolutely WTF Kebab Cooking

 .sumber.

20 pemimpin PKR di Kabinet jika PR menang

sinar harian
30 September 2012
20 pemimpin kanan PKR anggotai Kabinet jika PR menang
Ketua Umun PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin tertinggi parti pada Rapat Pimipinan Nasional PKR di Shah Alam, semalam
SHAH ALAM – Seramai 20 pimpinan kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat yang baru sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kepimpinan baru negara itu semakin menampakkan bayangan dengan sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air.

“Secara tradisi pimpinan kanan iaitu peringkat presiden sehingga pengurusan parti merangkumi timbalan, lima naib presiden, setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, pengarah strategik, pengarah komunikasi, ahli majlis pimpinan.

“Sebahagiannya sudah tentu berada dalam senarai mereka yang biasanya akan berada dalam jemaah menteri,” katanya berkongsi pandangan ketika ditanya inti pati ucapan penutup Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre, semalam.

Bagaimanapun katanya, barisan jemaah menteri itu tidak akan berada di ruang lingkup pengurusan kanan sahaja, sebaliknya anggota parti yang berpotensi juga akan diberi peluang.

“Mereka yang mempunyai kepakaran tertentu seperti undang-undang, ekonomi tetapi tidak berada dalam peringkat pengurusan parti, saya percaya mereka juga akan dipertimbangkan bagi memantapkan jemaah menteri Malaysia yang baru,” katanya.

Shuhaimi berkata, Anwar juga mengingatkan anggota parti tidak terpilih menjadi calon wakil rakyat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Parlimen, tidak perlu rasa putus asa atau merajuk kerana PR adalah parti dinamik.

“Apa yang saya faham, mereka mungkin mengetuai agensi atau jabatan di mana pengalaman mereka itu akan digunakan di tempat yang sesuai. Parti mahu semua kepimpinan bersedia, jangan fikir golongan itu baru sertai parti atau telah lama.

“Yang penting calon itu boleh bantu rakyat, boleh menyumbang kepada PR dan mereka yang dipilih ini adalah mereka yang benar-benar boleh membawa visi PR, membentuk sebuah kerajaan baru yang bertanggungjawab, telus dan tidak rasuah,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri.

Tengkorak dalam perut

myMetro


BOISE (Idaho): Bekas ratu cantik menjalani pembedahan luar biasa apabila suku daripada tengkoraknya dipotong dan disimpan dalam perut sementara menanti kecederaan parah di kepalanya sembuh.
Pakar bedah menyimpan bahagian belakang tengkorak Jamie Hilton itu dalam perutnya bagi memastikan ia kekal bebas daripada pencemaran kuman dan mendapat khasiat sewajarnya ketika menunggu bengkak di otaknya surut. Apabila ibu kepada tiga anak itu sedar daripada pembedahan, dia mendapati ada benjolan besar dan keras di perutnya.

Pada masa sama, sebahagian daripada tengkoraknya ‘hilang.’ Menurut media, cebisan tengkorak itu disimpan di perut Jamie selama 42 hari sebelum Jamie sekali lagi dibedah untuk mencantumkan semula tulang berkenaan.


Semalam, Jamie, 36, dibenarkan pulang selepas bertarung dengan maut kira-kira tiga bulan lalu. Menulis di blog mengenai pengalaman itu, Jamie berkata, tiada yang lebih penting padanya daripada terselamat melalui detik kritikal sebelum ini.

“Saya boleh bermain dengan anak-anak, mencium suami, melepak dengan ibu dan hidup. “Hati saya bagaikan mahu meledak dengan kesyukuran.


“Adakah hidup saya segala-galanya sempurna? Tidak, tetapi hari ini saya masih hidup!” katanya. Memenangi gelaran Ratu Idaho pada 2009, Jamie menyertai suaminya, Nick, dan iparnya, Greg memancing ikan salmon di Hell’s Canyon, Jun lalu. Ketika Jamie cuba menarik tali pancingnya, dia tergelincir dan terjatuh kira-kira empat meter ke atas bongkah batu.


Apabila Nick tiba di situ, dia mendapati Jamie terkulai tanpa denyutan nadi atau bernafas. Namun, ketika Nick mengangkat Jamie, wanita itu kembali bernafas dan hasil bantuan Renjer Hutan dan perkhidmatan kecemasan, dia dikejarkan ke hospital di Boise menaiki helikopter. Pemeriksaan doktor mendapati otak Jamie membengkak dan perlu dibedah untuk menyelamatkan nyawanya. - TS

Unik..dakwat dibuku ini akan hilang jika tak dibaca selama 2 bulan


  • detail berita



 sumber

Potong subsidi gula, harga barang naik, rakyat terbeban

KUALA LUMPUR 29 Sept: Penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram akan menambah beban rakyat dan menyebabkan harga barangan keperluan meningkat, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

“Pemotongan dan penarikan subsidi ini sekaligus akan meningkatkan harga barang keperluan asas lain seperti minyak, tepung dan sebagainya, kerana segala komponen keperluan asas berkait rapat dengan gula.
“Apabila harga keperluan asas meningkatkan, ia bermakna kos harian juga akan meningkat sebanyak 10 peratus,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan ke mana penarikan subsidi sebanyak 20 sen itu akan disalurkan.
“Apakah ia akan disalurkan kepada perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pendidikan dan petroleum? Atau diisi ke dalam poket mereka (Umno-BN),” soalnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat semalam, mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram. Najib mendakwa keputusan itu mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat yang menghidap diabetis ketika ini.
Sementara itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menasihatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga berikutan pengurangan subsidi bahan makanan itu.
Naib Presiden Fomca Siti Rahayu Zakaria dilapor berkata golongan itu, terutama peniaga makanan, tidak harus berbuat demikian meskipun harga gula akan meningkat selepas ini.
 Keadilandaily

Anjing yang dicuri berhasil pulang sendiri


Seekor anjing yang dicuri di Lancashire, utara England, berhasil menemukan jalan pulang kembali ke rumahnya sejauh dua  batu dari tempat pencurian.
Chopper -anjing dari ras Jack Russel yang berusia tiga tahun- sedang berada di dalam sebuah kereta barang yang dicuri di sebuah stesyen minyak, Sabtu (28/09) pagi.

Pemiliknya, Delbie Wallbank, mengatakan kereta barang yang dicuri masih hilang namun Chopper berlari masuk ke halaman rumahnya pukul 14.00 atau sekitar enam jam lebih sejak dicuri.
Chopper tampak sehat walafiat tanpa gangguan apa pun dan mendapat hadiah makanan daging dengan kentang.
"Saya amat lega dia pulang kembali. Saya tidak akan membiarkan dia luput dari pandangan saya lagi," tutur Wallbank.

Kereta barang berwarna putih yang hilang cukup mencolok dengan tulisan D&D Wallbank berwarna merah di kedua sisinya dengan plat nombor yang diambil dari nama Chopper: CH04 OPP.
Pencurian berlangsung di pompa bensin ketika Wallbank sedang memasuki toko dan meninggalkan mobil bersama Chopper di luar.
Tribunnews

Gula naik tiada laporan pesakit diabetes berkurang

Harakahdaily

Salmiyah Harun, 29 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram kononnya untuk mengelak rakyat negara ini mengidap diabetes adalah alasan yang tidak munasabah. Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, harga gula yang sentiasa berlaku kenaikan namun tidak pernah dilaporkan pesakit kencing manis berkurangan.

Bahkan katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, tidak ada satu fakta yang dikeluarkan bahawa pesakit kencing manis di hospital berkurangan.
"Ia tidak memberi apa-apa makna jika kurangkan subsidi untuk kurangkan pesakit kencing manis. Alasan kerajaan tidak betul," katanya.

Tambahnya, penguna tegar tidak boleh elak dari menggunakan gula keadaan ini sama situasi dengan perokok mereka tetap merokok walaupun kerajaan naikkan berpuluh ringgit sekotak.
"Macam juga gula. Orang yang gemar manis mesti mahu rasa manis dalam minuman atau makanan, makan roti pun nak gula," katanya.

Jadi jelas Mahfuz, pengurangan subsidi ini tidak memberi kesan mengurangkan pesakit diabetes sebaliknya ia memberi keuntungan kepada kerajaan untuk menampung pemberian 'one off' kepada sasaran.
Katanya kerajaan memberi BRIM RM500 dan RM250 malangnya rakyat terpaksa belanja balik dengan harga makanan dan minuman yang meningkat.

"Naik 20 sen sekilo, saya percaya harga makanan dan minuman pasti naik. Tidak boleh tidak naik, peniaga mesti akan naik harga. Sudah tentu membebankan pengguna," katanya.
Justeru, beliau yakin dan percaya kerajaan tidak boleh menjamin para peniaga tidak menaikkan harga makanan.
"Jaminan mulut bolehlah. Saya cabar mana-mana menteri berhenti sekejap sebagai menteri jadi penjual kuih. Tapi jangan naikkan harga, melainkan dia mengecilkan kuih," katanya.

Lelaki Misteri Tembak Presiden Ceko dengan Airsoftgun

  Reuters
Reuters
PRAHA - Seorang lelaki menembakkan pistol mainan berpeluru plastik ke Presiden Ceko Vaclav Klaus. Peluru dari pistol itu menghantam lengan Klaus, namun Klaus tidak terluka.

Pelaku yang mengenakan jaket kamuflase itu mendekati Klaus dalam sebuah upacara di Desa Chrastava. Pelaku membawa pistol mainan yang sering digunakan dalam perang airsoftgun untuk menyerang presiden.

Pada saat Klaus dikerumuni warga,  lelaki itu langsung terkejut  , namun setelah itu, Klaus tersenyum dan terus berjalan.
Serangan itu tertangkap dalam rakaman televisiyen lokal Nova TV. Pelaku serangan mengatakan pada reporter televisyen itu bahawa, Pemerintah Ceko sudah buta dallelaki itu langsung ditangkap oleh  polis  .

Presiden Klaus tampaknya sedikit kecewa dengan kinerja para pengawalnya selepas serangan itu muncul. "Kau (pengawal Klaus) tidak bekerja dengan baik dalam hal ini," ujar Klaus, seperti dikutip Reuters, Sabtu (29/9/2012).

Sebelum digari oleh  polis n, pelaku serangan itu berusaha untuk menghampiri Klaus lebih dekat lagi. Lelaki itu juga kedapatan membawa gas  pemedih  mata.

Presiden berusia 71 tahun itu akan segera mengakhiri priode kedua masa jabatannya pada akhir Mac mendatang. Selama ini, Klaus dianggap sebagai figur yang cukup terkenal di Eropah Tengah. Klaus juga aktif dalam mengkritisi isu Euro, integrasi Uni Eropah dan isu global warming.
(AUL)

Penyokong demo desak Che Mat Jusoh letak jawatan

sinar harian
29 September 2012
Penyokong demo desak Che Mat Jusoh letak jawatan
Penyokong pasukan bola sepak Terengganu berdemonstrasi mendesak Che Mat Jusoh meletak jawtaan di Kuala Terengganu, hari ini.
KUALA TERENGGANU – Penyokong pasukan bola sepak Terengganu mengadakan demonstrasi hari ini mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menasihati agar tidak berbuat demikian.

Kira-kira 500 penyokong pasukan bola sepak Terengganu mengadakan demonstrasi aman di kawasan parkir di hadapan Pusat Akuatik bermula jam 10.30 pagi bagi menyatakan pendirian mereka supaya satu perubahan besar dilakukan dalam pentadbiran tertinggi PBSNT.

Perhimpunan kumpulan dengan kempen Asal Bukan Che Mat (ABC) itu pada awalnya dirancang diadakan di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar bagi menyerahkan memorandum kepadanya, namun bertukar lokasi atas sebab tertentu.

Peserta demonstrasi, Khairul Fakhruddin Sulaiman, 23, berkata, mereka mendesak supaya PBSNT di struktur semula melalui satu rombakan besar-besaran dan satu dialog terbuka diadakan bersama persatuan itu.

 “Kita mahu mereka ubah cara pengurusan daripada persatuan kepada korporat supaya pengurusan PBSNT nampak lebih profesional. Sepatutnya, dalam PBSNT perlu ada badan berkepentingan untuk menjaga dan membantu pentadbiran persatuan.

“Terdapat beberapa unit diperlukan untuk memainkan peranan penting dalam PBSNT antaranya unit perancang ekonomi, sekretariat perhubungan awam dan tajaan  bagi melahirkan jawatankuasa kerja yang efektif dan lengkap dalam segenap aspek,” katanya.

Dakwanya, pemimpin persatuan itu tidak memiliki integriti, daya saing, semangat berdikari malah terlalu bergantung serta mengharapkan bantuan daripada Kerajaan Negeri.

“Bayangkan kalau 70 peratus pendapatan persatuan daripada Kerajaan Negeri, mana keupayaan persatuan untuk berdikari? Jadi, muncul pelbagai masalah yang berpunca daripada ketidakupayaan mengurus persatuan dengan baik seperti kelewatan bayaran gaji pemain dan pelbagai masalah lain,” katanya.

Khairul Fakhruddin berkata, kempen ABC tidak akan berakhir selagi tiada perubahan besar dalam PBSNT dan mereka akan terus mendesak supaya satu dialog terbuka diadakan bersama Presiden PBSNT itu.

“Kami mahu satu dialog terbuka diadakan untuk berbincang mengenai kemelut yang melanda dalam pasukan Terengganu.

“Seandainya telah ada satu perubahan besar-besaran dilakukan dalam PBSNT, kami akan mengadakan satu majlis kesyukuran bagi menghargai jasa dan pengorbanan presiden persatuan selama ini selain meraikan wajah baru dalam pentadbiran persatuan,” katanya.

Saturday, September 29, 2012

Lebuhraya Yang Menembus Bangunan _ Sejarahnya cukup unik



“Gate Tower Building”, gbangunan 16 tingkat di Osaka, Jepun ini terbilang unik kerana adanya jalan tol yang menembusnya, tepat di tingkat 5 hingga 7. Jalan tol yang menembusnya merupakan jaringan jalan tol sepanjang 293.3 km. Jalan tol ini adalah bahagian dari “Hanshin Expressway”, jaringan jalan tol yang menghubungkan Osaka, Kobe dan Kyoto. Uniknya lagi, penyelenggara jalan tol tersebut merupakan penyewa tetap padatingkat 5 hingga 7 di bangunan  ini.

Pada tahun 1983, pembangunan bangunan baru di area bangunan unik berada dihentikan oleh pemerintah setempat, disebabkan rencana pembangunan jalan tol sudah final. Namun, pemilik bangunan ini menolak untuk menyerah, ia tidak mau memindahkan bangunannya. Setelah bernegosiasi dengan penyelenggara jalan tol selama 5 tahun, muncullah solusi ini.

Pemilik gedung menggunakan tiang penyangga ganda untuk melindungi gedung ini dari getaran, dan juga struktur melingkar di sekeliling bahagian yang digunakan untuk ditembus jalan tol. Gedung ini selesai dibangun pada tahun 1992.


Spoiler:




SUMBER

Kerabat Di Raja Akan Sertai Pas?

Mohd Sayuti Omar
Parti Islam se Malaysia (Pas) terus mendapat suntikan semangat apabila seorang kerabat di raja dari negeri pantai timur tanah air akan menyertai Pas tidak lama lagi. Menurut satu sumber di raja, tokoh berkenaan akan menyertai parti itu di dalam masa terdekat.

Kata sumber itu, kerabat di raja berkenaan pernah terlibat dalam politik sebelum ini. "Dia telah memberi tahu saya akan tujuan berkenaan," kata sumber berkenaan sambil menambah kerabat di raja berkenaan telah pun menghubungi pihak Pas.

Tambah sumber itu lagi penyertaan kerabat di raja berkenaan memberi impak besar kepada Pas di negeri berkenaan.

Dari maklumat lain pula memberi tahu kerabat di raja berkenaan akan muncul buat pertama kali di pentas Pas pada minggu pertama Oktober ini di negeri asalnya itu.

Harap penjengok dapat bersabar dengan perkembangan ini. [wm.kl.6:36 pm 28/09/12]