January 19, 2013
KUALA LUMPUR, 19 Jan — Pasukan polis kurang dipercayai
berbanding parti politik, menurut kajian terbaru terhadap pengundi kali
pertama oleh Merdeka Center.

Pasukan
polis kurang dipercayai berbanding parti politik, menurut kajian
terbaru terhadap pengundi kali pertama oleh Merdeka Center. — Gambar
fail
Keputusan “Tinjauan Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama”
yang dilakukan diantara November dan Disember tahun lalu turut
mengejutkan badan tinjauan bebas tersebut.
“Kepercayaan kepada kerajaan dan pelbagai institusi adalah marginal —
apakah pengundi kali pertama tidak berminat atau hanya sinis?” kata
badan tersebut dalam laporan pengundian yang dikongsi kepada The
Malaysian Insider minggu ini.
Lebih daripada separuh atau 56 peratus daripada 826 pengundi baru
berdaftar di Semenanjung Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang
ditinjau berkata mereka tidak mempercayai polis, berbanding dengan 47
peratus berkata mereka tidak mempercayai parti-parti politik, jurang
sembilan mata peratusan.
Kesangsian kepada pihak berkuasa dalam undang-undang tertinggi di
negara ini melebihi semua institusi awam lain yang ditinjau, termasuk
kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) dan badan kehakiman.
Lebih daripada separuh pengundi baru yang ditinjau menyatakan mereka
meletakkan kepercayaan dalam kerajaan negeri, berbanding kepada 49 yang
percaya dalam penggendali pilihan raya itu, 47 peratus kepada Putrajaya,
46 peratus kepada mahkamah, 39 peratus kepada pihak polis dan 36
peratus kepada parti politik.
Mengikut kumpulan kaum, masyarakat Cina adalah yang paling tidak
mempercayai polis, dengan lapan daripada 10 meragui Bukit Aman berbnding
46 peratus bagi Melayu dan 55 peratus bagi India.
Kesangsian kepada parti-parti politik adalah tertinggi di kalangan
kaum India dengan 57 peratus, diikuti oleh 52 peratus Melayu dan 33
peratus Cina.
Penganalisis dan pemimpin pembangkang telah memberi amaran bulan lalu
bahawa perang mulut berterusan di kalangan bekas pegawai tertinggi
polis serta cerita penyalahgunaan kuasa dan hubungan jenayah boleh
mengganggu tumpuan badan penguatkuasaan tersebut dari tugasnya, kata
beberapa penggubal undang-undang, sambil memberi amaran ini boleh
mengakibatkan peningkatan kadar jenayah.
Kata mereka berbanding melawan jenayah, badan penguatkuasaan negara
kini terlalu sibuk mempertahankan diri mereka daripada cerita yang
keluar ekoran perang mulut antara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Ramli
Yusuff.
Dzulkefly dari PAS menegaskan apabila bekas polis mempersoalkan
terhadap proses polis semasa dan masa lalu, ia menyumbang kepada
ketakutan awam di atas dakwaan ketidakupayaan pasukan keselamatan
tersebut untuk memberi tumpuan kepada menjaga keselamatan negara.
Pasukan polis baru-baru ini telah dikritik oleh orang ramai dan
pemimpin pembangkang selepas peristiwa rompakan dan serangan menyebabkan
tanda tanya kepada statistik kerajaan yang menunjukkan penurunan ketara
dalam kadar jenayah di negara ini.
Pada Julai lalu, Liew Chin Tong dari DAP mendedahkan 86 peratus
daripada polis di negara ini tidak melawan penjenayah tetapi
mengendalikan kertas kerja, aktiviti “mengintip” dan logistik,
menguatkan lagi dakwaan pihak berkuasa telah mengubah data jenayah untuk
menunjukkan imej baik pasukan tersebut.
“Hampir 14 peratus daripada pasukan polis beruniform di
jabatan-jabatan berkaitan dengan jenayah,” kata beliau dalam satu
kenyataan Julai lalu, merujuk kepada siasatan jenayah narkotik, dan
jabatan siasatan jenayah komersil di PDRM.
“Sementara 86 peratus anggota polis tergolong kepada sektor bukan
berkaitan jenayah (seperti) pengurusan, keselamatan dalaman dan
ketenteraman awam, logistik, Cawangan Khas, dan pasukan petugas khas,”
katanya.
Beliau menyatakan bahawa jabatan siasatan jenayah (JSJ) hanyalah
lapan peratus atau 9,346 daripada 105,929 pasukan polis beruniform.
“Ini bermakna enam kali lebih ramai polis ditugaskan untuk pekerjaan
bukan jenayah berkaitan, berbanding yang memerangi jenayah. Tidak
hairanlah kita berasa tidak selamat,” kata ahli parlimen Bukit Bendera
itu.TMI
No comments:
Post a Comment