Friday, March 8, 2013

Aplikasi ‘Berita Pakatan Rakyat’ di Blackberry Appworld

PETALING JAYA 7 MAC : Berita dari laman rasmi parti-parti Pakatan Rakyat iaitu Keadilandaily, AnwarIbrahim Blog, Harakah Daily dan Roketkini kini boleh dilayari di telefon pintar Blackberry Appworld dengan nama ‘Berita Pakatan Rakyat’.

Aplikasi yang dibangunkan Anwar Ibrahim Club (AIC) ini khusus untuk pemilik pelbagai versi Blackberry termasuk Playbook dan keluaran terbaru Blackberry Z10.DSAI_BPR
“Pengguna boleh memuat turun aplikasi secara percuma dari Blackberry Appworld melalui carian Pakatan Rakyat. Ia dilancarkan secara rasmi pada 7 Mac 2013,” kata wakil AIC kepada Keadilandaily.

Katanya, pengguna telefon pintar semakin ramai dan mereka selektif dalam mendapatkan maklumat. Justeru, ‘Berita Pakatan Rakyat’, adalah aplikasi khusus kepada mereka yang mahu merujuk kepada sumber rasmi parti.BPR
Selain laporan rasmi dari media ‘Berita Pakatan Rakyat’, aplikasi ini turut menyelia khidmat e-mel, facebook, twitter dan kemaskini berita yang boleh disusun sendiri mengikut waktu oleh pemilik telefon pintar
Untuk muat turun, KLIK INI.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:

Post a Comment