Sinar Harian
Menurut Menteri Besar Selangor itu, pendirian parti sudah jelas apabila PKR mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah yang akan dibawa ke Parlimen bagi meluluskan hukum hudud.
"Ini bukan soal individu. Parti sudah buat keputusan. Kalau 'you' nak tanya, kita ada 500,000 anggota...jadi susahlah. Parti punya pendirian jelas," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Norizam Yassin memberitahu walaupun mereka sedar keputusan menyokong enakmen Pas Kelantan itu sebagai tindakan yang membelakangkan partinya namun ia dibuat kerana kesedaran sebagai seorang Islam.
[ARTIKEL BERKAITAN: 15 pemimpin cabang PKR umum sokong hudud]
No comments:
Post a Comment