31/08/15
Selepas berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti selama 34 jam, peserta BERSIH 4 bersurai dengan aman sejurus selepas jam 12 tengah malam.
Ia selaras dengan rancangan penganjur yang menamatkan perhimpunan kali ini pada jam 11.59 malam.
Sebelum
bersurai, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah melaungkan kalimah
"Merdeka sebanyak 10 kali, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-58 hari
ini.
Kecuali beberapa kejadian kecil dan terpencil, keseluruhan BERSIH 4 adalah terkawal, malah turut mendapat pujian
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa kerana berdisiplin dan
mematuhi arahan pihak berkuasa tidak masuk ke Dataran Merdeka.
BERSIH
kali ini juga berbeza berbanding perhimpunan lain kerana bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat dua kemunculan singkat,
masing-masing pada Jumaat dan Sabtu.
Bagaimanapun, di sebalik rasa teruja sebahagian peserta terhadap Dr Mahathir, sesetengah yang lain memandang sinis kehadiran beliau dan mengaitkannya dengan cara bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu itu mentadbir kerajaan sebelum ini.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment