Friday, August 28, 2015

Sultan: Tukar balik nama Kulai serta-merta

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan kerajaan Johor untuk menukar semula nama daerah Kulaijaya kepada nama asalnya, Kulai, serta-merta.
Perkara itu dilaporkan dalam berita terbaru Bernama sebentar tadi.
Menurut portal Majis Perbandaran Kulai, terdapat dua versi tentang asal-usul Kulai.

Pertama, ia dikatakan daripada perkataan Gui Lai yang bermaksud ‘kedatangan kura-kura’, yang dikaitkan dengan kemunculan berpuluh-puluh ekor kura-kura menghala ke pekan ketika peristiwa banjir tahun 1920.

Terdapat juga versi menyatakan Kulai mendapat namanya daripada “Tengku Lai” yang membawa maksud “Tengku datang” yang datang ke Kulai untuk mengutip cukai dan berburu.

Sementara itu, Sinar Online pula melaporkan Sultan Ibrahim turut menitahkan kerajaan negeri memikirkan nama lain terhadap Nusajaya, pusat pentadbiran negeri, kerana tiada kaitan dengan sejarah asal-usulnya.

Sultan Ibrahim bertitah selepas selesai menunaikan solat Jumaat ketika merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, ibu pejabat polis kontinjen Johor, di Johor Bahru.
Malaysiakini 28/08/15

No comments:

Post a Comment