Saturday, September 5, 2015

Anak bekas KPN persoal keberanian Khalid

 | September 4, 2015
Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman berpegang tegas dengan prinsip sehingga maut ditembak.
anak-polis,igp
PETALING JAYA: Anak bekas Ketua Polis Negara, Najib Abdul Rahman menyifatkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar, tidak mempunyai keberanian yang sama seperti bapanya, Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim.

Dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya, bekas wartawan New Staits Times itu membandingkan prinsip yang dipegang bapanya sehingga mati ditembak, 41 tahun lalu.

“Saya minta maaf Tan Sri Khalid Abu Bakar. Saya tidak nampak awak ada ‘telur’ untuk lakukan apa yang ayah saya telah lakukan.
“Kamu tiada keyakinan dan kebenaran untuk melakukan itu. Mungkin ada tetapi tidak ditunjukkan.

“Saya boleh bercakap dengan bangga bagaimana bapa saya berdepan dengan ahli politik.Mungkinkah anak-anak dan keluarga kamu akan bercakap dengan cara yang sama bila kamu tiada? Segalanya bergantung kepada kamu,” tulisnya.
Kenyataan dikaitkan dengan keberanian bapanya memberi amaran kepada sekumpulan ahli politik yang membuat spekulasi siapa yang akan mengganti Tun Dr Ismail Abdul Rahman selepas dua jam beliau meninggal dunia.

“Sebarang perbincangan lanjut mengenai pengganti saya akan tahan kamu semua!,” Najib berkongsi cerita mengenai ketegasan bapanya.
Mengulas mengenai status berkenaan, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin turut berkongsi pandangan.

“Jika tidak silap,pernah dalam suatu perbualan dengannya semasa kami sama-sama berkhidmat di London lama dahulu sebagai wartawan, Najib meragukan pembunuhan ayahnya sebagai tindakan komunis dan tulisan terbarunya mengingatkan saya kembali terhadap keraguannya itu yang tidak pernah mahu dijelaskan kepada saya,” tulisnya di zamkata.blogspot.com
FMT

No comments:

Post a Comment