01/09/15
Kompas.com
Video
dua polis berlutut untuk meminta seorang lelaki dan ibunya agar tidak
mengeluh kerana disaman akibat memandu sambil mabuk beredar di
Weibo, semacam Twitter buatan Tiongkok.
Menurut balai polis lalu lintas Handan, peristiwa itu terjadi pada Jumaat lalu sekitar pukul 7.48 waktu setempat di Hanwu Bridge di Handan, Provinsi Henan.
Dua polis lalu lintas merakam adegan tersebut dengan menggunakan telepon pintar.
Pemandu kereta tersebut bernama Feng Dong dihentikan polis lalu lintas kerana memandu kereta keadaan mabuk. Feng sendiri ketika itu bersama ibunya.
Sang ibu kemudian berlutut sambil merangkul kaki polis memohon agar tidak disaman
Hal itu juga dilakukan oleh Feng sendiri.
Bahkan, ibu dan anak itu mengancam akan melanggarkan diri ke kereta jika polis tidak memaafkannya.
Berusaha menghentikan rengekan pelanggar lalu lintas itu, kedua polis lalu lintas juga ikut berlutut untuk menjelaskan kepada ibu dan anaknya tersebut arti penting peraturan lalu lintas, dan larangan memandu kereta sambil mabuk.
Menurut khabar lanjutan di Weibo, meski memohon sambil berlutut, Feng tetap disaman dan dikenakan denda sebesar 1.000 RMB
TRIBUNNEWS.COM
No comments:
Post a Comment