04/09/15
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari
ini menyeru umat Islam di negara ini agar menjauhkan diri daripada
amalan rasuah kerana ia hanya membuatkan hidup mereka sengsara.
Khatib
berkata pengamal rasuah akan sentiasa dibelengu keresahan dan
kebimbangan serta menganggap orang lain sebagai musuh yang ingin
menjatuhkan dirinya.
“Pengamal rasuah akan sentiasa hidup dalam
keresahan dan kebimbangan dan menganggap orang lain sebagai musuh yang
ingin membongkar kesalahan mereka,” kata mimbar.
Khutbah juga
mengingatkan bahawa memberi atau menerima rasuah menjadi kesalahan bawah
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dikenakan
denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.00, yang
mana lebih tinggi.
Jakim juga mengingatkan umat Islam bahawa
perbuatan rasuah amat dimurkai Allah dan juga boleh menghancurkan
masyarakat, agama dan negara.
'Itu hadiah, ini suapan'
Khutbah
untuk masjid di Wilayah Persekutuan itu memetik tokoh terkenal Islam
Umar Abdul Aziz yang menolak hadiah ketika menjadi khalifah umat Islam.
“Kemudian dia dikatakan kepadanya “rasulullah SAW menerima hadiah'.
"Maka
Saidina Umar bin Abdul Aziz menjawab, 'apa yang diterima oleh
Rasulullah SAW itu memang hadiah, tetapi ini buat saya adalah suapan
(rasuah)',” katanya.
Teks khutbah itu juga berkata umat Islam
dituntut menitikberatkan punca rezeki yang diperoleh yang harus daripada
sumber yang halal, bukan rasuah atau pecah amanah.
“Tetapi pada akhir zaman ini sebahagian umat Islam tidak lagi menapis sumber rezeki mereka, asalkan menguntungkan mereka.
“Mereka ini ingin cepat kaya dan menganggap harta kekayaan sebagai matlamat penting dalam kehidupan.
“Lantaran itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat dan keinginan masing-masing,” katanya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment