Thursday, September 3, 2015

Pahrolrazi sah sertai Parti Pekerja Malaysia

Sinar Harian

Presiden NGO Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma), Datuk Pahrolrazi Zawawi
Pahrolrazi Zawawi
ALOR SETAR - Adun kawasan Pengkalan Kundor Datuk Ir Pahrolrazi Zawawi daripada Pas mengesahkan telah menyertai parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) iaitu Parti Pekerja Malaysia.
  
Bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah dan Exco Kedah itu berkata, dengan itu keahliannya dalam Pas gugur secara automatik.
  
Bagaimanapun, beliau akan terus kekal sebagai wakil rakyat Dun itu, katanya dalam sidang media di sini hari ini.
  
Pengerusi Harapan Baru, Mohamad Sabu pada Isnin lepas mengumumkan Amanah digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.
  
Sementara itu Pengerusi Penaja Parti Pekerja Malaysia turut hadir pada sidang media itu berkata, Amanah Kedah akan dilancarkan secara rasmi oleh penasihat umumnya, Ahmad Awang pada 9 September ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment