Wednesday, September 2, 2015

Tian Chua puji polis kendali Bersih 4.0

 | September 2, 2015
Ahli Parlimen Batu itu mendakwa polis memanggil tujuh Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0 kerana campur tangan pihak luar
tian-chua_bersih_polis_600
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memuji tindakan polis yang berjaya mengawal peserta perhimpunan Bersih 4.0 dengan baik tanpa sebarang kekecohan sepanjang 34 jam ia berlangsung.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, cara yang digunakan pihak berkuasa turut menjadi penyumbang selain kerjasama peserta.
“Kami peserta dan pihak penganjur memuji pihak polis mempertingkatkan cara untuk menangani himpunan sebesar ini (Bersih 4.0).

“Ini kerana kedua-dua pihak iaitu polis dan penganjur serta peserta memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan tidak ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai tujuh Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0 yang dipanggil polis termasuk Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, Chua berkata ia dibuat hasil tekanan pihak luar.

Tambahnya, ketujuh-tujuh mereka, iaitu Maria, Sarajun Hoda Abdul Hassan, Masjaliza Hamzah, Farhana Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri, Mandeep Singh, dan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman susulan menganjurkan perhimpunan Bersih 4.0 dijangka disiasat mengikut Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun Keseksaan.

“Tekanan daripada pihak luar menyebabkan polis terpaksa bertindak memanggil dan menyiasat ahli jawatankuasa Bersih terbabit dibawah Akta 120 dan Seksyen 124,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
FMT

No comments:

Post a Comment