Monday, October 5, 2015

AMK bimbang, hukuman berbeza bagi kesalahan sama

October 5, 2015
AMK bimbang hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan semakin samar akibat pentafsiran terhad oleh mahkamah.
Nik-Nazmi-Nik-Ahmad_law_600
PETALING JAYA: Angkatan Muda keadilan (AMK) mempersoalkan keputusan mahkamah yang memberikan keputusan berbeza bagi kesalahan yang sama.
Ketuanya. Nik Nazmi Nik Ahmad merujuk kepada keputusan Setiausaha Kerja PKR Johor, R Yuneswaran yang didenda RM6,000 mengikut Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis 10 hari bagi mengadakan perhimpunan Blackout 505 pada 2013.

Katanya, keputusan itu bercanggah dengan kesnya yang didakwa pada tahun ini kerana melakukan kesalahan yang sama mengikut akta yang sama tetapi mahkamah membebaskannya kerana dakwaan itu melanggar asas Perlembagaan.

“Perubahan ketara ini bagaikan mengisyaratkan satu era di mana hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan semakin samar akibat penfafsiran yang terhad oleh mahkamah,” katanya menerusi kenyataan media.

Nik Nazmi berkata, sekiranya kes itu dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan, AMK hanya boleh berharap bahawa Mahkamah Persekutuan akan mengambil langkah yang lebih berani dan adil di dalam mentafsir akta itu.

“Dalam era global dan penuh kebebasan ini, tafsiran undang-undang berkenaan hak asasi dengan cara yang jumud adalah tidak relevan, malah ia bertentangan dengan perkembangan Malaysia sebagai negara yang bebas
dan demokratik,” katanya.

No comments:

Post a Comment