Tuesday, October 6, 2015

BERSIH dedah dana RM2.6 juta, cabar Najib ikut jejaknya

06/10/15

Gabungan NGO menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) hari ini mendedahkan pecahan jumlah dana dan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut jejak yang sama.

Menurut BERSIH, jumlah keseluruhan yang diterimanya sebanyak RM2,647,361.74, dengan jumlah terbesar sebanyak RM2,064,652.74 datang daripada sumbangan derma.
Penjualan baju T dan skaf masing-masing menyumbang RM553,914 dan RM28,795.

Sementara jumlah perbelanjaan pula, termasuk persiapan pra himpunan BERSIH 4 dan sepanjang perhimpunan 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu, badan pemantau itu membelanjakan sebanyak RM664,052.52.

"(Najib), kami sudah mendedahkan (dana) kami, sekarang tunjuk dana kamu pula," kata ahli jawatankuasa pemandu Thomas Fann merujuk RM2.6 bilion sumbangan politik yang didepositkan ke akaun peribadi Najib yang didakwa sumber dari Timur Tengah.

BERISH juga mendedahkan laporan setebal 2,126 muka surat yang mengandungi nama semua penderma.
"Mereka semua rakyat Malaysia, sama ada rakyat tempatan atau yang menetap di luar negara. Tada ada pun penderma dari Timur Tengah," katanya berseloroh.

No comments:

Post a Comment