Thursday, October 8, 2015

Bunuh Satu Keluarga, lelaki dihukum 125 Tahun Penjara

 8 Oktober 2015
 
Shanghaiist.com Mingdong Chen, pembunuh satu keluarga di Brooklyn. (inzet) Satu keluarga korban pembunuhan Mingdong Chen.

BROOKLYN   - Seorang imigran China di Brooklyn, Amerika Syarikat, mengaku bersalah telah membunuh keluarga sepupunya dengan pisau pemotong daging pada 2013 lalu. Dia pun diganjar penjara 125 tahun.

Mahkamah Agung Negara   di Brooklyn menyatakan, penjara 125 tahun bagi Mingdong Chen kerana tertuduh terbukti memenuhi tiga tuduhan pembunuhan tingkat kedua dan dua tuduhan tingkat pertama.

New York Daily News dikutip Shangaiist melaporkan, Chen menikam sepupunya, Qiao Zhen Lie (37) dan empat anak Qiao hingga mati di rumah korban. Empat anak yang mati itu berusia dari 18 bulan hingga 9 tahun.

Chen melakukan kejahatan itu kerana dia merasa dimanfaatkan oleh Qiao untuk mendapatkan green card.

Hakim menjelaskan hukuman 125 tahun bagi Chen agar terdakwa tidak punya kesempatan lagi untuk hidup bebas di tengah masyarakat.

"(Vonis) minimum 125 tahun dan maksimum seumur hidup bertujuan memberikan keselamatan bagi publik dan dia (terdakwa) tidak akan pernah menjadi orang bebas lagi."

Sementara itu, dalam sidang tersebut, salah seorang anggota keluarga korban meminta jaksa memberikan kesempatan untuk bertanya kepada terdakwa.

"Saya ingin tahu mengapa dia melakukan itu (pembunuhan) kerana kami memperlakukannya dengan baik," kata perempuan salah salah seorang keluarga korban.

Tahun lalu dilaporkan, Chen membunuh sekeluarga kerana di rumah tersebut terlalu bising dan dia tidak boleh "beristirahat dengan baik". Dokumen lain dari  mahkamah menyatakan Chen membunuh sepupunya kerana ia menganggur dan tidak memiliki isteri.
Editor : Farid Assifa
Sumber: shanghaiist /KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment