Berikutan keengganan Najib meletak jawatan sebagai
Perdana Menteri, Dr Mahathir meminta penduduk Pekan supaya menolaknya
pada PRU kali ini
PETALING JAYA: Lebih banyak kempen bergerak menjatuhkan kepimpinan
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka akan diadakan
selepas kejayaan majlis majlis minum petang anjuran UMNO Cawangan Pusat
Bandar Taman Cempaka pada Sabtu.
Meskipun menggunakan istilah datang untuk menghasut, penjelasan
panjang lebar dengan lojik yang diberikan Tun Dr Mahathir Mohamad
membangkitkan sentimen terhadap senario terhadap senario kepimpinan
negara.
“Selepas mendengar ucapan dan penerangan Tun Mahathir, khususnya
berkaitan 1MDB, wang RM2,600 juta dan keyakinan nilai ringgit serta
pasaran saham boleh dipulihkan selepas pengunduran Najib, rata-rata
yakin apa yang berlaku sekarang bukan lagi masalah UMNO, tetapi sudah
menjadi masalah kepada negara,” tulis Shahbudin Husin di
shahbudindotcom.
Meskipun dikenakan bayaran RM80 oleh penganjur, majlis yang diadakan
telah mendapat sambutan hangat, apatah lagi kali ini Dr Mahathir
berkongsi strategi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Selain pelbagai tekanan yang telah diberikan, kali ini beliau meminta penduduk Pekan supaya tidak mengundi Najib.
Kata Tun Dr Mahathir, perkara itu tidak mustahil kerana pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, Najib menang dengan 241 undi sahaja.
Cara itu dibuat selepas Najib tetap berkeras enggan melepaskan jawatan kerana bimbang dan takut dengan kesilapan yang dilakukan.
“Menurut Tun Mahathir, Najib dianggap zalim kerana memecat,
menakutkan serta menukar orang-orang tertentu yang sedang menjalankan
tugas menyiasat dirinya.
“Katanya, Najib bukan tidak mahu berundur tetapi takut untuk berundur
berikutan bimbang ditangkap jika tiada lagi kuasa dalam tangannya,”
kata bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju itu.
No comments:
Post a Comment