Saturday, October 10, 2015

Pemuda MCA: BN jadi 'kilang konflik perkauman'

10/10/15

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon mendakwa mekanisme BN untuk menyelesaikan isu-isu perkauman kini sudah tidak lagi berfungsi, dan parti pemerintah akan bertukar menjadi "kilang konflik perkauman".
Oleh itu, Chong menggesa parti kompenan BN membuka keahlian mereka kepada semua tanpa mengira kaum.

"Terbaru dalam himpunan baju merah kita mendapati bahawa BN sebagai platform mengurangkan konflik etnik tidak berfungsi sebaliknya kini menjadi sebuah kilang yang mewujudkan konflik etnik.

"(Beberapa pemimpin BN) mengorbankan kepentingan negara dan mencetuskan sentimen perkauman untuk meraih undi.
"Adakah terdapat apa-apa harapan untuk masa depan negara kita? Saya rasa pelan transformasi BN tidak boleh ditangguhkan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Chong berkata, semua pihak dalam BN termasuk MCA tidak teragak-agak untuk membuka keahlian mereka untuk menjadi "parti untuk semua" dan bukannya bekerja bersama-sama kaum.

No comments:

Post a Comment