Monday, October 5, 2015

Penduduk jijik kondom bersepah di Lorong Keretapi


Penduduk jijik kondom bersepah
Premis ini antara yang dikesan menjadi tempat mak nyah melayani pelanggan mereka.
ALOR SETAR - Kegiatan tidak bermoral mak nyah di Lorong Keretapi, di sini, mendatangkan kebimbangan dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

Penduduk, dikenali sebagai Hafiz, 30, berkata, kawasan itu berleluasa dengan aktiviti mak nyah selepas sarang lama mereka di Limbong Kapal dimusnahkan pihak berkuasa beberapa tahun lalu.

"Dulu, hanya ada dua tiga mak nyah di lorong ini sebab ada sarang pondan yang lebih terkenal kira-kira 800 meter dari sini.
"Tapi, sejak tiga tahun kebelakangan ini, lorong ini makin rancak dengan aktiviti tidak bermoral kira-kira 20 mak nyah.

"Malah, pelanggan yang datang pula tidak segan silu mendapatkan perkhidmatan mak nyah tanpa memikirkan pandangan serong masyarakat," katanya.
Tinjauan mendapati kegiatan di lorong terbabit kian rancak menjelang 12 tengah malam hingga awal pagi.

Mak nyah tidak segan silu berdiri di tepi jalan berhampiran stesen kereta api dengan berpakaian seksi untuk menarik perhatian pelanggan.
Difahamkan, premis kosong berhampiran turut dipecah masuk untuk memudahkan pondan melayani nafsu seks pelanggan mereka.

Lebih menjijikkan, terdapat juga kain yang didakwa berfungsi sebagai pengadang yang dipasang untuk melindungi aktiviti tidak bermoral bersama pelanggan dalam semak.

Mak nyah ini juga tidak teragak-agak memuaskan nafsu lelaki hidung belang dalam kenderaan yang diletakkan berhampiran rumah penduduk.
Menurut Hafiz, terdapat banyak tilam lama, tisu kotor dan ratusan kondom di tepi jalan, rumah kosong serta semak samun dipercayai digunakan pondan ini dalam aktiviti pelacuran mereka bersama pelanggan.

"Kami jijik bila tengok kegiatan mak nyah ini makin berleluasa. Malah, terasa menanggung dosa sebab biarkan ia berterusan.
"Memang malu bila kawasan kediaman kami dikenali sebagai sarang mak nyah. Bayangkan sanak saudara yang datang melawat terkejut melihat keadaan ini... dengan kondom bertaburan.

"Disebabkan itu, kami terpaksa ambil tindakan sendiri mengumpul dan membuang kondom terpakai untuk membersihkan kawasan ini," katanya.
Dalam pada itu, katanya, kehadiran pondan di kawasan itu dikhuatiri memberikan kesan buruk khusus kepada tumbesaran remaja dan kanak-kanak di situ.

"Mak nyah ini dilihat secara terang-terangan melakukan aktiviti tidak bermoral... Kami bimbang gaya hidup seperti itu akan mempengaruhi jiwa anak muda.
"Kami sudah pening kepala dengan keadaan ini... mak nyah tidak serik-serik mencari pelanggan di sini, biarpun Jabatan Agama Islam Kedah kerap melakukan serbuan," katanya.

Difahamkan, terbaru, Jaik melakukan serbuan 12 September lalu, dan kini nampaknya mak nyah kembali berani meneruskan kegiatan tidak bermoral seolah-olah perbuatan mereka itu sesuatu yang sah di sisi undang-undang.
Hafiz berkata, tindakan tegas membanteras mak nyah perlu dilakukan berterusan untuk memastikan imej lorong berkenaan bersih daripada kegiatan tidak bermoral.

"Kami yakin kalau tindakan besar-besaran berterusan diambil akan dapat mengembalikan keselesaan dan keselamatan hidup kami di sini.
"Kami harap pihak berkuasa tak kira daripada jabatan mana sekali pun dapat mengambil tindakan tegas membanteras kegiatan mak nyah di sini," katanya.

No comments:

Post a Comment