10/10/15
Sarawak Report
hari ini mendedahkan beberapa dokumen membuktikan Pengerusi dan
Pengarah Eksekutif Syarikat 1MDB Arul Kanda Kandasamy seorang
"pembohong".
Pendedahan tersebut dibuat ekoran dakwaan mengejutkan yang mengesahkan tiada wang tunai tersimpan di Bank BSI di Singapura.
Sarawak Report
mendakwa berdasarkan laporan mesyuarat lembaga 1MDB kenyataan Arul
terbukti bukan "salah faham", tetapi sebahagian daripada "strateginya
mberikan maklumat salah".
"Dalam erti kata lain, ia adalah satu pembohongan yang memalukan," kata pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown (gambar) dalam e-mel kepada Malaysiakini.
Sarawak
Report melaporkan pada April lalu, 1MDB mengeluarkan penyata bank palsu
mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd, di Bank BSI Singapura.
Memetik
maklumat yang diterima, laman web itu berkata bank berkenaan
memberitahu Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dokumen tersebut bukan
datang daripada mereka.
Lihat jawapan bertulis
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dituduh berbohong oleh Tun Dr
Mahathir Mohamad mengenai pelaburan yang ditebus, yang didakwa dalam
bentuk wang tunai berjumlah AS$1.103 bilion (RM4.08 bilion) pada Mac.
Najib,
yang juga menteri kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB berkata
demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Tony Pua.
Arul
ketika diwawancara Business Times Singapura pada Februari lalu mengakui
wang tunai itu berada dalam akaun firma berkenaan di Bank BSI.
Tetapi
Najib dalam satu lagi jawapan bertulis Parlimen "mengubah" jawapannya
sebelum ini, mengatakan pelaburan yang ditebus 1MDB itu berupa aset
dalam bentuk dolar AS bagi tujuan mengimbangi liabilitinya yang juga
dalam dolar AS.
"Kami kini telah mendapat beberapa minit dari mesyuarat lembaga.
"Arul juga memberi alasan yang amat sukar dipercayai tentang jumlah pinjaman 1MDB.
"Ini
adalah respons kepada kebimbangan pengerusinya, Tan Sri Lodin Wok
Kamaruddin, bahawa pihak pengurusan secara terbuka berjanji untuk
menghantar pulang wang itu dan kemudian gagal untuk berbuat demikian,"
kata Sarawak Report lagi.
Menurut laman web berkenaan,
Arul memberi alasan tidak menghantar pulang wang tunai itu kerana ia
perlu disimpan di bank Singapura sebagai jaminan kepada Deutsche Bank.
Malaysiakini
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment