Wednesday, October 7, 2015

Tun M bukan pengkhianat UMNO – Hishammuddin

 | October 6, 2015
Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun tidak menafikan kritikan dan tuduhan Tun M boleh memecahbelahkan parti.
hishamuddin-mahathir
KUALA LUMPUR: Tidak wajar menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat kepada UMNO walaupun beliau membuat pelbagai kritikan terhadap parti itu.

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut mengakui tuduhan dan kritikan Dr Mahathir bukan sesuatu yang baharu.

“Kalau dari segi parti tidak ada (pengkhianatan). Juga tuduhan Mahathir juga bukan suatu perkara baru,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Majlis Pra-Pelancaran Malaysia United Run, pada Selasa.

Hishammuddin bagaimanapun berkata, kritikan Dr Mahathir terhadap pemimpin dan UMNO boleh memecah belahkan parti.
“Ini (kritikan) tidak patut diteruskan sebegitu rupa atau tak patut dilayan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

“Ini kerana ia boleh memecah belahkan kita. Lebih-lebih lagi dalam parti. Kalau tanya dia memburukkan keadaan di parti, setakat ini saya rasa tidak,” katanya.
Hishammuddin berkata, walaupun kritikan Dr Mahathir boleh memberi kesan kepada parti, tetapi ia tidak berlaku setakat ini.
“Sebelum ini pun ada banyak tuduhan yang dilontarkan kepada Presiden kita, tapi tidak pecah jugak parti,” katanya.

Ditanya adakah wajar Dr Mahathir diambil tindakan tatatertib, Hishammuddin berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada parti.
“Terpulang kepada parti,” tegasnya
FMT

No comments:

Post a Comment