11/1/16

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada dasarnya telah bersetuju
untuk mengkaji sama ada undang-undang sedia ada perlu dipinda untuk
mengelakkan penukaran agama kanak-kanak yang dilakukan secara
unilateral, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam.
"Saya
timbulkan isu itu sekali lagi pada mesyuarat Kabinet yang terakhir dan
Perdana Menteri meminta tiga menteri berjumpa dengan Peguam Negara dan
meneliti perkara itu.
"Beliau juga pada prinsipnya bersetuju
meneliti pindaan terhadap undang-undang sedia ada untuk mengelakkan
penukaran agama kanak-kanak secara unilateral," kata Subramaniam yang
dipetik oleh The Star hari ini.
Menurut laporan Bernama, menteri itu berkata jawatankuasa berkenaan telah bertemu dengan Peguam Negara mengenai perkara tersebut.
Beliau dilaporkan berkata Najib mengarahkan jawatankuasa itu untuk mencari penyelesaian berhubung isu ini.
Mahkamah
Rayuan sebelum ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung
penukaran agama tiga anak seorang guru tadika, M Indira Gandhi oleh
bekas suaminya yang memeluk agama Islam.
Mahkamah Rayuan
memutuskan bahawa hal-hal berhubung penukaran dan sama ada seseorang itu
beragama Islam adalah di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.
Malaysiakini
bagus la gitu
ReplyDelete