Saturday, February 13, 2016

12 kanak-kanak meninggal digigit kelelawar drakula

13/2/16

Kelelawar drakula gigit 12 anak hingga tewas
kelelawar penghisap darah di Peru. ©AFP
12 Anak di Peru dilaporkan meninggal setelah diserang oleh kelelawar rabies penghisap darah di hutan Loreto, sekitar seribu kilometer sebelah utara Ibu Kota Lima. Penduduk tempatan sebelumnya menduga anak-anak itu mati kerana perbuatan dukun.

Pegawai kesihatan setempat, Hermann Silva mengatakan kanak-kanak berusia 8 hingga 15 tahun itu meninggal sejak September hingga Februari, seperti dilansir akhbar the Daily Mail, Jumaat (12/2).

"Dari gejala dan laporan perubatan disimpulkan 12 anak dari etnik Achuar itu meninggal kerana wabak rabies," kata dia.

"Mereka digigit oleh kelelawar penghisap darah di wilayah Yankuntich dan Uncun."

Warga setempat menuturkan mereka sangka anak-anak itu meninggal kerana perbuatan dukun sehingga mereka tidak melapor ada wabak rabies.

Korban meninggal teranyar terjadi Rabu lalu. Sedangkan dua mangsa lainnya, kanak-kanak lelaki  berusia sembilan tahun dan perempuan 22 tahun boleh sembuh dari penyakit rabies itu.

Menteri Kesihatan Peru Anibal Velasquez mengatakan dalam stesyen televisyen, pemerintah kini menyatakan kondisi darurat medis di kawasan itu dan akan segera mengirimkan bantuan.
 
Merdeka.com

No comments:

Post a Comment