Saturday, February 13, 2016

AMANAH akan cari jalan selesaikan isu tuntutan muflis terhadap Mat Sabu

Malaysiakini 13/2/16
Parti AMANAH akan mencari jalan menyelesaikan tuntutan muflis yang melibatkan presiden parti itu Mohamad Sabu selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mat Sabu yang ketika itu merupakan timbalan presiden PAS dan setiausaha agung PAS,Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi tersebut kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnahberhubung isu ‘Projek IC’ di Sabah.

“Kita kena cek dulu, kita kena pastikan bagaimana nak selesaikan perkara ini, kalau muflis dia tak boleh pegang jawatan sehingga dia selesaikan masalah ini, kata Penasihat AMANAH, Ahmad Awang.
“Perkara ini perlukan masa, RM200,000 tu kena cari supaya jalan dapat selesaikan,” katanya kepada Malaysiakini selepas program Kicau Deeni di ibunegara hari ini.

Utusan online melaporkan Peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu dilaporkan berkata pihaknya memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mohamad di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kelmarin, untuk mendapatkan ganti rugi itu berserta faedah.

Noor Hazira berkata mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Ogos ini untuk sebutan kes tersebut dan notis kebangkrapan telah pun dihantar kepada Mohamad.

Pada 20 Mac 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohamad yang ketika itu merupakan timbalan presiden PAS dan setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Wan Ahmad kerana kesalahan memfitnah

No comments:

Post a Comment