Wednesday, February 10, 2016

Hak penjagaan:Izwan gembira dengan keputusan mahkamah

| February 10, 2016
Dia yakin dapat mengekalkan hubungan dengan Sharmila walaupun mahkamah hanya membenarkannya mereka bertemu dua bulan sekali.
irwan,anak
PUTRAJAYA: Mualaf Izwan Abdullah meluahkan perasaan gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memberikan hak penjagaan anak lelaki kepadanya.

“Saya sangat setuju dengan keputusan mahkamah. Sebab jika mahkamah bagi (hak penjagaan) kedua-dua anak kepada Deepa, tentu saya sedih sebab mereka pun anak saya.
“Dan kalau (hak penjagaan) kedua-dua anak kepada saya, dia pun tentu sedih,” katanya ketika ditemui wartawan.

Reaksinya yang gembira itu jelas berbeza dengan bekas isterinya yang dilihat sering menangis ekoran kecewa tidak mendapat hak penjagaan kedua-dua anak mereka.
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan S Deepa mendapat hak penjagaan bagi anak perempuan Nurul Nabila (V Sharmila) manakala Izwan atau nama sebenarnya N Viran diberi hak penjagaan untuk anak lelaki, Nabil (V Mitran).

Dalam pada itu, Izwan yakin dapat mengekalkan hubungan dengan Sharmila walaupun mahkamah hanya membenarkan beliau bertemu dengan anak perempuannya itu dua bulan sekali.
“Saya masih boleh telefon dia. Tiada masalah. Dia tetap anak saya,” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah dia bersetuju jika Sharmila membuat keputusan untuk meninggalkan agama Islam selepas mencapai usia 18 tahun, dengan tenang Izwan menjawab akan menyerahkan soal tersebut kepada Tuhan.
“Kalau tanya, tentu saya tak setuju. Tetapi sebagai bapa, saya akan ajar dulu. Kalau selepas itu dia nak keluar juga, itu urusan Allah, bukan urusan kita,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment