Thursday, February 11, 2016

IKHLAS ancam demo di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh

| February 11, 2016
IKHLAS beri tempoh sebulan untuk kerajaan batalkan kelulusan bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.
ridzuan,bangladesh
PETALING JAYA : Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mengancam untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh sebagai protes penghantaran 1.5 juta pekerja ke negara ini.

Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya memberi tempoh sebulan untuk kerajaan menarik balik keputusan dan jika gagal, demonstrasi itu akan diteruskan.
“Buat masa sekarang kita beri masa sebulan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan perkara ini,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Kerajaan Bangladesh baru-baru ini meluluskan draf perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penghantaran 1.5 juta rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.
Setiausaha Kabinet Bangladesh, Mohammad Shafiul Alam berkata, penghantaran pekerja warga Bangladesh akan dibuat melalui kaedah baharu iaitu sistem G2G Plus.

Mohd Ridzuan berkata, kemasukan pekerja Bangladesh itu akan menutup peluang pekerjaan rakyat tempatan.
“Jangan bagi alasan asyik orang Melayu sahaja malas. Hari ini orang Cina, India memang kerja pun memilih.
“Tapi dalam isu ini, IKHLAS lihat orang politik mengambil peluang dalam perkara ini kononnya nak buat program pemutihan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), padahal pada masa yang sama nak bawa 1.5 juta,” katanya.

Katanya, kebanyakan rakyat tempatan tidak setuju dengan pengambilan pekerja dan kemasukan beramai-ramai rakyat Bangladesh ke negara ini.

6 comments:

  1. Apa punya bodohnya nak buat demo depan kedutaan Bangladesh sedangkan yaang meluluskan dan menandatangani perjanjian adalah Kerajaan Malaysia. Kenapa tak demo depan pejabat PM?

    ReplyDelete
  2. http://YouthToEarn.com/?ref=218576

    ReplyDelete
  3. http://YouthToEarn.com/?ref=218576

    ReplyDelete
  4. mencari cara untuk mendapatkan duit lebih tiap2 bulan??tetapi tidak tahu caranya??tidak memerlukan modal,janji anda mempunyai internet anda boleh melakukanya..KLIK DI LINK DI SINI http://YouthToEarn.com/?ref=200943

    ReplyDelete