Friday, February 12, 2016

Kes Azmi Sharom: AG digesa gugur semua tuduhan hasutan

 | February 12, 2016
Jangan gunakan pengguguran dakwaan hasutan ke atas Prof Madya Dr Azmi Sharom untuk mencari publisiti.
Azmi-Sharom-apandi-ali-GHAH
PETALING JAYA: Jangan gunakan pengguguran dakwaan hasutan ke atas Prof Madya Dr Azmi Sharom untuk mencari publisiti, kata Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) menegur Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Penyelaras GHAH, Amir Abd Hadi berkata sekiranya benar pengguguran adalah “demi menegakkan keadilan” seperti yang diuar-uarkan, maka gugurkanlah semua tuduhan hasutan yang lain.
“Adalah tidak adil sekiranya pertuduhan lain, yang juga dibuat secara tidak adil, serta bertentangan dengan semangat kebebasan bersuara yang dijamin didalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, diteruskan,” kata Amir dalam satu kenyataan yang diterima FMT.

Pada tahun 2014, Azmi didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 ekoran kenyataannya dalam artikel bertajuk ‘Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told’ yang disiarkan di The Malay Mail Online pada 14 Ogos yang lalu.

Dalam satu kenyataan pagi tadi, Apandi Ali memutuskan untuk menggugurkan dakwaan di bawah Akta Hasutan ke atas Azmi selepas melihat keterangan semua saksi pendakwaan di mahkamah.
GHAH menjelaskan Akta Hasutan telah dipinda pada 10 April lalu dengan mengeluarkan perenggan 3(1)(c) yang menjadikan kritikan terhadap kerajaan bukan lagi satu kesalahan.

“Majoriti kepada kes hasutan terdahulu ialah berkenaan dengan kritikan ke atas kerajaan. Peguam Negara seharusnya turut mempertimbangkan untuk menggugurkan kes-kes tersebut,” tegas Amir.

No comments:

Post a Comment