Sunday, February 14, 2016

Rakyat kena naikkan ahli politik baharu terajui negara

 | February 14, 2016
Ia adalah kaedah terbaik bagi menggantikan ahli politik lama, sekali gus memulihkan rasa bangga rakyat Malaysia.
Tuan Ibrahim
PETALING JAYA: Rakyat perlu mencuba menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap berwibawa untuk menerajui negara.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata hanya dengan tindakan sedemikian, maka ahli politik lama yang menerajui negara dapat digantikan.

“Daripada meletakkan tenaga untuk menjatuhkan seseorang, rakyat boleh mencuba untuk menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap mereka berwibawa untuk menerajui negara.

“Kerana naiknya seorang yang baru, maka akan gugurlah yang lama,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, rakyat perlu tegas dan berani menyatakan bantahan terhadap penyelewengan, salah guna kuasa dan penipuan oleh kerajaan dan pembangkang.

Rakyat juga harus menghantar mesej kepada ahli politik untuk berusaha dan bekerja bagi mendapatkan undi mereka.
“Gunakan media sosial sebaik mungkin secara bertanggungjawab sebagai medium pendesak. Segalanya kini terletak di bahu rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment