Thursday, February 11, 2016

Seluruh PAS jadi bodoh, kata web pro-Najib

11/2/16

1
Laman penyokong Datuk Seri Najib Razak mempersoal pendekatan PAS terhadap seorang wakil rakyatnya yang memakai pakaian dewa Cina dalam sambutan tahun baru Cina di Kepong baru-baru ini.

MYKMU membandingkan langkah keras PAS terhadap Najib pada 2012 yang dibidas teruk selepas memakai kurta dan kalungan bunga dalam perayaan Thaipusam di Batu Caves.
“Pemuda PAS waktu itu paling hebatnya, siap minta campur tangan majlis fatwa lagi. Niatnya tidak ada lain, nak tuduh Najib hina Islam.

“Tapi hari ini, bila ada ADUN PAS sendiri yang berpakaian seperti dewa, tiba-tiba seluruh organisasi PAS jadi bodoh.
“Menganga macam itu sajalah, tak tahu nak cakap apa,” menurut laman itu.

Dewan Ulama PAS kelmarin menganggap isu pakaian anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Khairuddin Othman (gambar) sebagai salah faham.

Timbalan ketuanya Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata dewan itu merasakan ia tidak bertujuan melanggar batasan agama, memperkecil atau mempersenda syariat Islam.

Terdahulu, Khairuddin dilapor menghadiri majlis perayaan tahun baru Cina di Kepong dengan memakai pakaian menyerupai seorang dewa Taoisme, yang disangkanya 'maharaja China'.
'DAP pun tak buat'

MYKMU berkata langkah itu menunjukkan PAS hanya sebuah parti politik dan tiada kaitan dengan agama dan “semata-mata kerana kuasa dan undi, bukan sebab nak bawa sesiapa masuk syurga”.
Laman itu juga mempersoal kenyataan Dewan Ulama PAS yang dilihat melepaskan pemimpin PAS Selangor itu atas alasan tiada niat menghina Islam.

“Wah, wah, wah, dah pakai macam itu pun masih kata tidak berniat lagi? Bodoh punya alasan tu (tak berniat) kalau nak diikutkan, tapi sebab sama sama geng, terima sajalah ya.

“Jangan kalau Najib yang buat, tak ada kaitan hina agama pun dikatakan hina agama,” menurut tulisan itu.
MYKMU mengaitkan langkah itu dengan tindakan PAS yang masih bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan Selangor.

“Sebab itu jangan bersekongkol dengan DAP dan bertuhankan undi, macam inilah jadinya. Ironinya, orang DAP pun tak buat macam ini (pakai macam dewa), PAS pula yang berlebih-lebih,” menurut MYKMU lagi.
Malaysiakini

1 comment:

  1. 2x5 je engkau org tu.mentekedarah rasuah penipu najib tak nampak pun..

    ReplyDelete