24/5/16
Kesedian Parti Amanah Negara (AMANAH) bertanding pada pilihan raya
kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun depan dibuat selepas melihat PAS
seolah-olah memberi nafas kepada Umno/BN.
Justeru, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata atas nama
Pakatan Harapan, parti serpihan PAS itu mengambil tanggungjawab untuk
bertanding.
"Jangan
cakap bersedia (dicalonkan dan bertanding), saya menghormati pandangan
dan pencalonan yang dibuat maknanya AMANAH akan mengambil tanggungjawab
itu atas nama Pakatan Harapan bukan AMANAH sahaja.
"Kita konsisten menentang kezaliman Umno tapi apabila melihat PAS
seolah-olah memberi nafas kepada Umno-BN ini yang kita tak setuju dan
kita nekad tanding (dalam pilihan raya akan datang)," kata Salahuddin
ketika dihubungi Malaysiakini.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad semalam memaklumkan selain
Salahuddin presidennya Mohamad Sabu dan bekas menteri besar Perak Datuk
Seri Mohammad Nizar Jamaluddin antara nama yang dicalonkan untuk
bertanding pada PRK parlimen Sungai Besar.
Bagaimanapun, Khalid dilapor berkata, calon yang bakal bertanding di
kerusi itu belum diputuskan kerana pihaknya masih lagi membuat tinjauan
terhadap pengundi di Sungai Besar.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu, malam Ahad lalu, berkata
walaupun terdapat laporan bahawa PAS dan PKR berselisih berhubung calon,
namun hubungan semasa antara mereka masih macam biasa.
Beliau juga mengulangi ikrarnya bahawa PAS akan tetap bertanding di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.
Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pertandingan satu lawan
satu antara “calon rakyat” dengan BN pada dua pilihan raya kecil bulan
depan itu.
Bekas perdana menteri 22 tahun itu menyeru orang ramai memberi kemenangan besar kepada lawan BN, seperti PAS.
Beliau bagaimanapun mempunyai kebimbangan terhadap 'pengkhianatan' PAS menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada BN.
Sementara itu mengulas apakah nama-nama berkenaan mendapat restui
sekutu Pakatan Harapan, Salahuddin mengesahkan DAP Selangor telah
memberi maklum balas mereka.
"Persetujuan secara umum memang kita dengar sendiri dalam beberapa
pertemuan yg kita adakan bersama tetapi secara rasminya kita akan bawa
dalam majlis presuden dalam masa terdekat," kata Salahuddin.
Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya,
Datuk Noriah Kasnon yang adalah juga Timbalan Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5
Mei lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan
Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calon
ditetapkan pada 5 Jun.
Sumber: Malaysiakini
Berebut-rebut..siap gomol lagi...mcmn nak jadi kerajaan ph yg cekap dan effesien..xade harapan..
ReplyDelete