Monday, May 23, 2016

Azmin mahu SPRM adil


 | May 22, 2016

Pernahkah SPRM serbu rumah Najib? – Azmin

 Timbalan Presiden PKR itu juga mahu SPRM dilihat adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan yang dikendalikan.
azmin-1
PETALING JAYA: Tindakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM) menyerbu rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng petang tadi disifatkan sebagai mencurigakan.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian sambil mempersoal keadilan dan kesaksamaan dalam siasatan SPRM.
“Walaupun serbuan yang dilakukan itu dengan kehadiran Guan Eng, isterinya Betty Chew dan peguam mereka, tindakan tersebut menimbulkan persoalan.

“Lebih-lebih lagi usaha yang teramat pantas dan bersungguh-sungguh dalam kes Guan Eng ini sama sekali berbeza dengan tindak balas SPRM terhadap laporan-laporan kes ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hampir tiada sama sekali,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau juga mempersoal jika serbuan sedemikian pernah dilakukan oleh SPRM di kediaman Najib.
“Jika tiada, mengapakah siasatan ke atas sebuah banglo memerlukan tindakan drastik sebegini?” soalnya.

Timbalan Presiden PKR itu juga mahu SPRM dilihat adil dan tidak memilih bulu dalam siasatan yang dikendalikan.
Terdahulu, beberapa pegawai SPRM dilihat memasuki kediaman Guan Eng di Jalan Pinhorn kira-kira jam 3.15 petang tadi.

No comments:

Post a Comment