Saturday, May 28, 2016

FAM belum buat keputusan buang Kafa

Sinar Harian
Afandi Hamzah
Afandi Hamzah
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum membuat sebarang keputusan mengenai hukuman yang bakal dikenakan kepada Pasukan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berikutan kegagalan melunaskan tunggakan gaji lima bekas pemain mereka musim lalu.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata, perkara tersebut masih lagi di dalam peringkat rundingan dan beberapa perbincangan perlu diadakan sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Sebenarnya tidak ada sebarang keputusan sama ada Kelantan diturunkan liga atau disingkirkan daripada Liga Malaysia (Liga-M) kerana kedua-dua belah pihak masih dalam proses rundingan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Kafa sendiri pun dilihat sedang berusaha untuk tunaikan tanggungjawab mereka dan perkara ini masih dalam penelitian semua pihak berkaitan,”katanya kepada media di Majlis Pelancaran Kad Debit-i Visa Bank Islam Kelantan FA "The Red Warriors" di Kota Bharu, disini.

Terdahulu, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa mendakwa badan induk itu hanya tahu mengambil tindakan tanpa mengadakan sebarang berbincang dengan pihak Kafa.

No comments:

Post a Comment