Monday, May 23, 2016

'Kalau tak minat, sila keluar dari Kelantan'

Sinar Harian
'Kalau tak minat, sila keluar dari Kelantan'
Keratan muka hadapan Sinar Harian edisi Kelantan hari ini.
KALAU tak minat, sila keluar dari Kelantan,” Itu kata dua pengendali baharu Kelantan, Velizar Popov kepada mana-mana pemain yang tidak lagi berminat membantu pasukannya mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Jurulatih kelahiran Bulgaria itu jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila pasukan kendaliannya terpaksa beraksi dengan 10 pemain gara-gara layangan kad merah ke atas Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-61 ketika menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Kota Bharu, malam kelmarin.

“Ada sesuatu yang tidak kena, ia bukan perkara normal apabila mengutip dua kad merah dalam dua perlawanan dalam tempoh tiga hari. Ia sangat  tidak profesional kerana kami sekali lagi dipaksa bermain dengan 10 orang pemain, berdepan salah satu pasukan terbaik di negara ini seperti Selangor.

“Pasukan ini boleh beraksi tanpa pemain atau mana-mana jurulatih sekali pun. Sesiapa yang tidak memiliki jiwa bermain untuk Kelantan, anda bebas untuk keluar daripada pasukan ini dengan segera,” katanya dalam sidang media sejurus perlawanan itu.  

Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV itu, Kelantan diaibkan kekalahan terburuk 2-5 kepada Selangor sambil Wan Zaharulnizam menjadi pemain kedua mengutip kad merah selepas Wan Zack Haikal Wan Nor dibuang padang di Shah Alam, minggu lalu.

Gol  kemenangan The  Red Giants disumbangkan  Hafiz Kamal pada minit ke-16, R Gopinathan (m-21), Muhammad Nazmi Faiz Mansor (m-36), Mohd Razman Roslan (m-49) dan Ahmad Hazwan Bakri (m-88) manakala jaringan sagu hati tuan rumah menerusi Blazhe Ilijoski (m-10) dan Dramane Troare (m-59).

Jurulatih berusia 40 tahun itu menyifatkan layangan kad merah  itu tidak memberi apa-apa makna dan dia sendiri tidak faham bagaimana perkara seperti itu boleh berulang ketika pasukannya tampil dengan semangat juang tinggi menyaingi kehebatan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan dalam pertemuan tersebut.

“Di Eropah, apabila perkara seperti ini berlaku, saya tidak teragak-agak potong gaji (pemain). Setiap pemain harus faham, tiada sesiapa yang lebih besar dalam pasukan ini kerana pasukan ini sebenarnya lebih besar daripada mereka.

“Sudah tentu saya akan mengambil tindakan kerana pasukan ini menderita akibat dua kad merah itu sedangkan kami beraksi lebih baik dan mampu menewaskan Selangor dalam dua perlawanan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Popov mengambil tanggungjawab sepenuhnya kekalahan memalukan itu sambil memohon maaf kepada semua penyokong mereka yang sentiasa memberikan sokongan padu sehingga ke wisel penamat.

“Ia sebahagian daripada perlawanan, ada menang, ada seri dan ada kalah. Saya tidak suka berdrama kerana ini adalah asam garam dalam bola sepak. Anda kena tahu dalam bola sepak ada peraturannya, apabila menang, pujian kepada pemain tetapi bila kalah jurulatih yang kena bertanggungjawab,” katanya.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((_082 313 669 888_)))insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya

    tapi tidak ada satupun yang berhasil..



    KLIK DISINI 4d 5d 6d




    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu

    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:

    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO

    MAGNUM / dijamin

    100% jebol

    Apabila ada waktu

    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: (((_082 313 669 888_)))


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/






    ..(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
    «´
    _ ¨`»082 313 669 888
    ..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..


    الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

















    ReplyDelete