Suspek berumur 29 tahun itu turut cedera selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan menikam dadanya.
JITRA: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera selepas
dipercayai dikelar bapa kandungnya di Kampung Tengah Kodiang di sini
petang semalam, kata polis.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Pemangku ACP Abdul Rahim Abdullah
berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, suspek berumur 29 tahun
itu turut cedera selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan menikam
dadanya.
Katanya suspek terbabit yang dipercayai mempunyai masalah mental telah ditahan.
Suspek dan mangsa kini dirawat di Hospital Kangar. Kedua-duanya berada dalam keadaan stabil.
“Ketika kejadian, isteri suspek bersama nenek mangsa berada di luar
rumah, dan suspek baru sampai di rumah. Kemudian suspek terus ambil
mangsa dan kunci pintu rumah menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke
dalam.
“Nenek mangsa kemudian terdengar cucunya menjerit dan selepas itu
suspek membuka pintu dan beliau nampak mangsa dan suspek berlumuran
darah,” kata Abdul Rahim dalam satu kenyataan.
“Kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Kodiang, sebelum polis
menahan suspek yang terbaring di ruang tamu dengan kecederaan di dada
kirinya dan merampas pisau dapur yang digunakan dalam kejadian itu di
dalam bilik tidur,” katanya.
Abdul Rahim berkata, isteri suspek memaklumkan suaminya sudah seminggu mengalami kemurungan serta mempunyai rekod sakit mental.
-Bernama
No comments:
Post a Comment