Bagaimana kita akan menjadi seorang Muslim atau Muslimah yang lebih baik, jika kita tidak berminat dengan sejarah Islam.
PETALING JAYA: Pengikut atau ‘followers’ laman sosial Facebook
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ditegur di atas
sikap mereka.
Raja Zarith Sofiah dalam laman sosial milik baginda mempersoal
tindakan pengikutnya meninggalkan komen dan ‘Like’ acapkali baginda
memuat naik foto sendiri namun berbeza pula apabila baginda memuat naik
artikel berkaitan cucu Nabi Muhammad SAW.
“Saya memuat naik gambar dan menerima beribu ‘Likes’ serta beratus
komen. Tapi bila saya memuat naik artikel mengenai cucu Nabi Muhammad
SAW, saya hanya menerima 10 ‘Likes’ dan satu komen (yang mana datangnya
daripada seorang warganegara Singapura).
“Bagaimana kita akan menjadi seorang Muslim atau Muslimah yang lebih
baik, jika kita tidak berminat dengan sejarah Islam, dan tidak cuba
menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang agama Islam?
“Adakah ini kerana rencana tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris dan
tidak ramai yang boleh membacanya? Atau, adakah kerana semua terlalu
sibuk dan tidak mempunyai masa untuk membacanya? Atau, adakah kerana
tiada siapa yang berminat tentang cerita berhubung dengan keluarga
Rasulullah SAW? ” soal baginda yang ternyata kesal dengan sikap netizen
tersebut.
Ekoran status tersebut, ramai yang tampil memberi respons dengan
mengakui, bahasa salah satu punca manakala yang lain pula menafikan
alasan tersebut.
“Saya rasa ia bukan hanya mengenai Bahasa Inggeris Tuanku.. Ia kerana
sesetengah rakyat Malaysia tidak suka membaca…bahasa atau Inggeris.
Mereka tidak suka… Bagaimana seseorang itu boleh mengabaikan sejarah
jika mereka mengabaikan kepentingan membaca,” tulis Izuddin Ismail.
Tidak ketinggalan beberapa orang pula mengakui mengikuti perkembangan
dan perkongsian dalam Facebook baginda, cuma status berkenaan cucu Nabi
Muhammad itu tidak keluar dalam ‘newsfeed’ mereka.
Justeru itu, ramai juga meminta baginda memuat naik semula posting tersebut.
Berbicara pasal Islam tapi aurat x dijaga
ReplyDeleteBerbicara pasal Islam tapi aurat x dijaga
ReplyDelete