Friday, May 27, 2016

RUU Hudud: Timb. Pengerusi MCA Kedah letak jawatan

 | May 27, 2016
"Saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA sehingga isu ini berubah haluan."
Dr-Leong-Yong-Kong
PETALING JAYA: Membantah usul persendirian Rang Undang-Undang (RUU) mengenai hudud, Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong bertindak meletak jawatan daripada parti itu.
Walau bagaimanapun Dr Leong masih kekal sebagai ADUN Gurun.
“Saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA sehingga isu ini berubah haluan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, seperti yang dilapor oleh MStar.

Tambahnya, sebarang keputusan berhubung kedudukannya sebagai EXCO akan diserahkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Pada Khamis, RUU Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat.

Namun begitu, usul berkenaan ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan.

No comments:

Post a Comment