Saturday, May 28, 2016

Untuk catat rekod dunia, lelaki ini cabut semua giginya...

Jumaat, 27 Mei 2016
 
Reuters/Cathal McNaughton Guinness Rishi
NEW DELHI  — Seorang lelaki India yang terobsesi untuk mencipta nama di dalam Guinness World Records membuat 366 tato bergambar bendera negara-negara di dunia di sekujur tubuhnya.
Selain itu, dia pun mencabut  semua giginya sehingga dia boleh memasukkan hampir 500 sedutan dan sekitar 50 lilin ke dalam mulutnya. 

Lelaki bernama Har Parkash Rishi itu mengaku telah membukukan lebih dari 20 rekod dunia. Dia pun menamakan dirinya dengan sebutan "Guinness Rishi".

Dilahirkan di sebuah bangunan bioskop di New Delhi pada tahun 1942, Rishi mencatatkan rekod dunia pertamanya tahun 1990.

Kala itu, dia bersama dua rakannya menunggang sebuah skuter selama 1,001 jam tanpa henti. 
Hasratnya untuk terus mencetak rekod dunia menggiringnya pada perbuatan-perbuatan yang kian aneh.
Salah satunya adalah menghantarkan piza dari New Delhi ke San Francisco, atau menenggak sebotol sos tomato dalam waktu kurang dari empat minit. 

Bahkan, dia pun mengajak keluarganya untuk terlibat dalam berbagai ambisinya itu. Sang isteri, Bimla, memegang rekod dunia pada tahun 1991 untuk surat wasiat terpendek yang bertulisan, "Semua untuk anak". 

Saat ini, di atas kulit tubuh Rishi ada lebih dari 500 tato. Rishi mengaku, salah satu rekod tersulkar yang dilakukannya adalah memasukkan ratusan sedotan ke mulut sekaligus.

"Saya adalah pemegang rekod dunia yang mampu memasukkan 496 sedotan di dalam mulut. Untuk mencetak rekod itu, saya perlu ruang di mulut. Saya harus mencabut semua gigi saya sehingga jumlah maksimum sedotan boleh masuk," kata dia seperti dikutip dari Reuters. 

Ketika ini pun dia membuat tatoo wajah para pemimpin dunia di badannya. Ada Perdana Menteri India Narendra Modi, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Ratu Kerajaan Inggeris Elizabeth, dan Mahatma Gandhi, pemimpin gerakan independen India.  

Sumber:KOMPAS.com
Editor : Glori K. Wadrianto

No comments:

Post a Comment