Monday, June 6, 2016

71 Orang tersambar petir di festival muzik rock

  6/6/16

71 Orang tersambar petir di festival musik rock di Jerman
festival muzik rock di Jerman. ©AFP
Seramai 71 orang menderita cedera akibat sambaran petir di sebuah festival muzik rock di German, kelmarin. Insiden ini terjadi menyusul ribut besar yang sedang melanda Eropah.

Informasi polis mengatakan 71 orang tersebut dikejarkan ke rumah sakit dalam temasya  muzik bernama Rock am Ring sejak Jumaat malam. Diberitakan laman Telegraph, Sabtu (4/6), 15 orang menderita cedera parah dalam festival yang dihelat di kota Mendig ini.

Dua orang   pengsan.

Menurut penuturan wartawan dari akhbar Germany's Bild yang ada di lokasi, sejak dibukanya acara di hari pertama, konsert muzik terbuka ini dihujani beberapa badai petir sekitar pukul 8 malam waktu setempat.

"Penonton dievakuasi ke khemah, petir benar-benar berada di atas kami," katanya.

Terlihat satu orang tergeletak di lumpur, pasukan perubatan  segera datang untuk menolongnya. Beberapa khemah juga roboh lantaran tak kuat menerima lebatnya hujan.

Pihak penganjur sendiri berkeras masih akan menjalani festival sesuai rencana, tiga hari. Segelintir band ternama seperti Red Hot Chili Peppers dan Black Sabbath masuk dalam agenda akhir minggu.

Lebih jauh, pengunjung pada Sabtu kelmarin mendesak untuk menggunakan khemah sebagai tempat berlindung, mereka juga menggunakan kereta sebagai tempat alternatif. Hingga saat ini mereka masih berharap acara tetap dapat  berjalan, meski ramalan cuaca telah memberi peringatan.
Sumber:Merdeka.com 

No comments:

Post a Comment