Saturday, June 18, 2016

Anak Presiden pandu laju kerana takut dimarah isteri

18/6/16

Paolo Duterte ditilang karena ngebut (Foto: Vismin Politics)
Paolo Duterte ditilang karena ngebut (Foto: Vismin Politics)

DAVAO – Putera sulung Presiden Filipina Rodrigo Duterte, Paolo, ditangkap dan disaman Polis Davao kerana memandu kereta melebihi batas kecepatan pada Jumaat 17 Jun 2016 pagi waktu setempat.

Paolo Duterte dilaporkan menmandu kereta Toyota Hilux dengan kecepatan 57 kilometer per jam (km/jam). Sedangkan, batas kecepatan yang diperbolehkan adalah 40 km per jam. Dia beralasan buru-buru kembali ke rumah untuk menghindari amukan sang isteri.

“Kita diingatkan bahawa batas kecepatan adalah 40 km/jam. Ini yang saya dapat akibat memecut kerana komandanku (isteri) marah. Dihukum kerana memandu 57 km/jam. Kita imbang sekarang,” tulis Duterte dalam akaun Facebook, sebagaimana dikutip dari Asian Correspondent, Sabtu (18/6/2016).

Paolo juga menggunakan izin operator sementara setelah lesen memandu dicabut oleh polis lalu lintas. Ia mengakui bahawa ini adalah pelanggaran lalu lintas pertama yang dilakukannya seumur hidup.
Dalam UU Lalu Lintas Kota Davao tahun 2013, pelanggaran kecepatan pertama kali dijatuhkan denda sebesar USD43 . Namun, jika kembali melanggar, pelaku akan dijatuhi denda sebanyak USD64  .

No comments:

Post a Comment