Sinar Harian
SHANGHAI - CHINA. Seorang bapa yang berang dengan anaknya yang asyik
bermain dan tidak mahu menyiapkan kerja sekolahnya secara tidak sengaja
membaling gunting sehingga terpacak di kepala anaknya itu.
Lelaki itu pada mulanya hanya mahu menakutkan kanak-kanak itu dengan
melambung-lambung gunting tersebut namun malangnya ia terpelanting dan
mengena kepala anaknya, lapor Sina.
Kanak-kanak berusia 10 tahun dikejarkan ke hospital dimana doktor
melakukan pembedahan bagi membuang gunting berukuran 15 sentimeter
panjang dari tengkoraknya.
Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan tidak mengingati kejadian itu.
Keluarga yang berasal dari Anhui telah berpindah ke Shanghai kerana
bekerja bagi memberi pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak mereka
Sementara itu, ibu mangsa berkata, suaminya itu hanya cuba untuk
menakut-nakutkan anak perempuanya itu dan tidak bermaksud untuk
mencederakannya.
Bulan lalu, kanak-kanak 12 tahun di Dongguan tertusuk pisau berukuran
15 sentimeter di belakang kepalanya selepas seorang rakan sekelasnya
melemparkan kepadanya dalam keadaan marah.
No comments:
Post a Comment