Saturday, June 4, 2016

Beli peti sejuk terpakai wanita ini dapat hadiah mayat

Ilustrasi

CAROLINA UTARA - Seorang wanita di Goldsboro, Carolina Utara, Amerika Syarikat membeli sebuah peti sejuk terpakai dari tetangganya seharga USD 30. 

Mulanya dia gembira kerana mendapat peti sejuk dengan harga murah. Namun, si tetangga memberikan syarat tidak boleh dipakai terus. Hal itu menimbulkan kecurigaan perempuan  tersebut yang kemudian memutuskan untuk membuka selotip untuk mengintip isi peti sejuk tersebut.

Ketika dibuka terlihat   kaki manusia di dalamnya, ia lalu melaporkan hal tersebut kepada Polis . Polis setempat mengatakan, hasil autopsi menunjukkan, mayat dalam peti sejuk tersebut adalah ibu dari pemilik peti sejuk tersebut.

Ibu tersebut selama ini memang tinggal bersama si pemilik kpeti sejuk itu, sejak bulan September 2015, dia dikhabarkan tak pernah terlihat. Seorang pemeriksa perubatan menyimpulkan, wanita tersebut mati secara normal kerana tidak ditemui tanda-tanda kekerasan.

Namun, polis  masih terus menyiasat kes   ini. Pasalnya, tidak melaporkan soal kematian seseorang dipandang sebagai aksi jenayah.

No comments:

Post a Comment