Wednesday, June 8, 2016

BN guna strategi lapuk dakwa AMANAH tunggangan DAP : Khalid

 FMT| June 7, 2016
Khalid mendakwa, strategi itu dahulunya digunakan terhadap PAS tetapi selepas parti Islam itu tidak lagi menggugat BN, ia diguna pakai terhadap AMANAH.
Khalid-Samad_pas_bn_600
SUNGAI BESAR: Strategi stesen televisyen milik kerajaan yang sering menggambarkan AMANAH sebagai tunggangan DAP adalah strategi lapuk.

Ketua Penerangan AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, strategi itu dahulunya digunakan terhadap PAS tetapi selepas parti Islam itu tidak lagi menggugat BN, ia diguna pakai terhadap AMANAH.
“Pakatan Harapan (PH) mengutuk keras dakwaan keji yang menyebut ‘setelah puas menunggang PAS, DAP sekarang menunggang AMANAH’ dalam laporan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ujarnya, dua PRK itu membuktikan tiada parti yang mendominasi PH, bahkan ia merupakan bukti kesediaan ketiga-tiga parti berunding secara terbuka dan jujur sehingga diterima oleh semua.

“Semua tahu AMANAH dari awal lagi ingin bertanding di dua pilihan raya ini. Namun, atas persetujuan PH maka usaha berunding dengan PAS telah dilakukan oleh beberapa pimpinan PKR, dalam keadaan ini AMANAH akur dengan keputusan berkenaan.

“Setelah berusaha sekian lama, terbukti PAS tidak sudi berunding maka dengan itu keputusan dibuat untuk hentikan usaha mendapat persetujuan dan pimpinan PKR akur serta memutuskan AMANAH menjadi wakil PH,” jelasnya.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, keadaan berbeza dan pandangan melawan hujah adalah perkara biasa dalam PH.
“Namun ia diurus melalui proses perbahasan yang matang dan berakhlak. Soal dominasi dan tunggang-menunggang bukan budaya PH tetapi jelas budaya UMNO/BN,” katanya.

No comments:

Post a Comment