Friday, June 17, 2016

‘Datuk’ tipu perniagaan isteri

‘Datuk’ tipu perniagaan isteri
Noorzainy (kanan) menunjukkan barang-barang khemah yang berjaya ditemui semula.
 
JEMPOL - Sanggup tipu isteri sendiri untuk mencuri! Itu yang dilakukan seorang lelaki apabila bertindak menipu perniagaan isterinya sendiri dengan menyamar sebagai pelanggan bergelar Datuk.
Lelaki berusia 27 tahun itu menghubungi rakan kongsi isterinya yang mengusahakan perniagaan sewaan peralatan khemah.

Ketika berurusan dengan syarikat diusahakan isterinya, dia menghubungi rakan kongsi isterinya dengan menyamar sebagai seorang Datuk kononnya mahu menyewa khemah untuk satu majlis berbuka puasa di sebuah masjid.
Bagaimanapun, temberang lelaki berkenaan terbongkar apabila pihak syarikat terbabit mendapati tiada majlis berbuka puasa pada tarikh ditetapkan, sebaliknya bilangan khemah dihantar syarikat terbabit berkurangan dipercayai sudah dibawa lari 'Datuk' terbabit.

Menceritakan kejadian, Ketua Polis Daerah Jempol,
Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian bermula pada awal Jun lalu apabila wanita yang mengusahakan perniagaan sewaan khemah menerima tempahan khemah.

Beliau berkata, rakan kongsi wanita terbabit menerima panggilan telefon daripada seorang Datuk yang ingin menempah 25 unit khemah untuk majlis berbuka puasa di sebuah masjid di Batu Kikir yang dijadualkan pada 11 Jun.
Menurutnya, mereka kemudian menghantar peralatan khemah tersebut lebih awal dari tarikh ditempah.

"Namun begitu, dua hari sebelum majlis, rakan kongsi wanita berkenaan mendapat tahu khemah yang dipasang dekat masjid itu berkurangan.
“Rakan kongsi bersama wanita itu bergegas ke lokasi dan mendapati 10 unit khemah lengkap dan 300 unit kerusi telah lesap,” katanya.
Berikutan itu, katanya, rakan kongsi wanita berkenaan membuat laporan polis supaya siasatan dilakukan.

Lebih mengejutkan, hasil siasatan polis mendapati, tiada apa-apa majlis berbuka puasa akan diadakan lokasi pada tarikh yang didakwa.
"Pengusaha itu memaklumkan mereka menerima tempahan sewa khemah tersebut melalui 'Datuk' berkenaan tanpa sebarang bayaran deposit," katanya.
Bagaimanapun, temberang 'Datuk' berkenaan terbongkar selepas polis mengesan perhubungan telefon yang dibuatnya kepada mangsa dua hari sebelum itu.

“Akhirnya kita berjaya mengesan Datuk itu, iaitu merupakan suami kepada rakan kongsi mangsa yang menyamar. Kita menahan lelaki itu kira-kira jam 3 petang kelmarin di Bandar Seri Jempol," katanya di sini, semalam. Noorzainy berkata, lelaki itu ditahan reman selama empat hari bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Kita turut menemui semula khemah yang hilang di Batu Anam dan Sungai Mati di Johor. Mangsa mengalami kerugian lebih kurang RM34,000 yang mana kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
Butiran barang yang didapati semula di Batu Anam adalah lima set khemah putih, selain 86 kerusi plastik, kipas angin (5 unit), dan masing-masing satu keping alas meja serta gulung wayar.

Manakala di Sungai Mati pula, polis merampas semula lima khemah putih, selain 200 kerusi plastik, kipas angin (5 unit) dan 20 set makan.
Bagaimanapun, punca lelaki berkenaan berbuat demikian masih dalam siasatan.

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((_082 313 669 888_)))insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya

    tapi tidak ada satupun yang berhasil..



    KLIK DISINI 4d 5d 6d




    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu

    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:

    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO

    MAGNUM / dijamin

    100% jebol

    Apabila ada waktu

    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: (((_082 313 669 888_)))


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/






    ..(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
    «´
    _ ¨`»082 313 669 888
    ..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..


    الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


















    ReplyDelete