Friday, June 17, 2016

Di China, isteri dan anak koruptor ikut dipenjara

17/6/16

Di China, istri dan anak koruptor ikut dipenjara
Keluarga Zhou Yongkan diadili. ©2016 Merdeka.com/Xinhua
   Mahkamah China menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Zhou Bin, putera dari koruptor Zhou Yongkang, bekas pegawai Tinggi Parti Komunis, yang lebih dulu dihukum penjara seumur hidup pada Jun  2015.

Bin dianggap bersalah memanfaatkan pengaruh sang ayah untuk menerima sogokan 222 juta Yuan . Bin membekingi cukong impot barang haram masuk ke China daratan.

BBC melaporkan, Khamis (16/6), isteri Yongkang, Jie Xiaoye, turut diseret ke mahkamah. Wanita  yang pernah menjadi presenter berita televisyen ini menerima sogokan anggota Parti Komunis China yang ingin naik pangkat. Mahkamah Beijing kelmarin menghukum Xiaoye penjara 9 tahun ditambah denda 1 juta Yuan.
Xiaoye dihukum lebih rendah kerana tidak pernah melarikan diri. Sedangkan puteranya Bin sempat mencuba lari ke Amerika Syarikat pada awal 2013.

Yongkang, semasa masih berkuasa, menjawat sebagai anggota Politbiro untuk bidang Hukum,  polis , serta Intelijen Domestik. Pengaruh Yongkang sangat besar, sebelum akhirnya Presiden Xi Jinping melancarkan program pemberantasan korupsi menyasar pegawai tinggi parti pada 2012.

Yongkang adalah pegawai dengan pangkat tertinggi diseret pertama kali oleh undang-undang China. Nyaris semua kolega Yongkang, rata-rata pegawai di Provinsi Sichuan, ikut ditahan oleh polis Tiongkok.

Yongkang menerima suap, menjalankan perniagaan minyak ilegal, mengemplang pinjaman bank, membuat projek fiktif, serta memainkan proses kenaikan pangkat pegawai-pegawai pemerintah. Atas ulah kotornya, keluarga Yongkang memiliki aset hingga 90 billion Yuan  . Dia merupakan pegawai terkaya di seluruh China. Harta keluarga Yongkang kini nyaris seluruhnya telah disita oleh negara. 
Sumber:Merdeka.com

2 comments:

  1. Dibulan puasa yg mulia ini aku berharap semoga Najib dan isteri dan pemimpin2 Umngok yang amalkan jenayah Rasuah dan menganiya Rakyat akan Allah swt menghukum perbuatan diaorang ni paling tidak Dipenjarakan Seumur Hidup Nanti Aminn

    ReplyDelete
  2. Dibulan puasa yg mulia ini aku berharap semoga Najib dan isteri dan pemimpin2 Umngok yang amalkan jenayah Rasuah dan menganiya Rakyat akan Allah swt menghukum perbuatan diaorang ni paling tidak Dipenjarakan Seumur Hidup Nanti Aminn

    ReplyDelete