Saturday, June 18, 2016

Dihukum Empat Tahun Penjara, Lelaki Ini Bunuh Diri di Ruang Mahkamah

18/6/16

Ilustrasi, pria AS bunuh diri di ruang sidang (Foto: Okezone)
Ilustrasi, lelaki AS bunuh diri di ruang mahkamah (Foto: Okezone)

TAIPEI - Seorang lelaki warga negara Amerika Syarikat (AS) melakukan aksi bunuh diri di ruang perbicaraan setelah dijatuhi hukuman empat tahun penjara. Hukuman tersebut kerana ia diyakini menanam ganja.

Lelaki itu, Tyrel Martin Marhanka (41) dilaporkan telah mengkelar lehernya sendiri dengan sebuah gunting pada Khamis 16 Jun  2016. Korban sempat dibawa ke rumah sakit, tapi nyawanya sudah tidak dapat ditolong lagi. Informasi itu disampaikan oleh PMahkamah Daerah  Changhua dalam sebuah pernyataan tertulis.

Marhanka dituduh menanam ganja di rumahnya di Changhua, Taiwan Pusat. Selain itu, ia juga telah mengimpot ganja dan biji opium tersebut. Hukuman penjara mungkin saja dapat diberikan selama tujuh tahun kepada korban, tapi kerana dia tidak menjual ganja, maka hanya jatuhi empat tahun penjara.

Ketika  mangsa diberitahu oleh penterjemah mahkamah bahawa dia dijatuhi hukuman empat tahun penjara, Marhanka mengatakan dia tidak ingin mengajukan rayuan dan merasa sangat putus asa serta tidak ingin hidup lagi.

"Saya tidak ingin hidup lagi," ujar Marhanka. Setelah itu, dia mengeluarkan gunting tajam dan langsung mengkelar lehernya. Demikian sebagaimana dilansir NY Times, Jumaat (17/6/2016).

Terkait kejadian ini, pihak mahkamah merasa sangat menyesal dengan insiden ini. Mereka mengaku lengah kerana metal detektor tidak dapat mendeteksi gunting yang dibawa Marhanka sebelum memasuki bangunan mahkamah. Sistem keselamatan mahkamah seharusnya lebih canggih agar dapat mendeteksi material metal.

Selama ini, tidak terdapat indikasi bahawa korban akan melakukan aksi bunuh diri. Marhanka selalu mengikuti setiap sesi proses mahkamah. Marhanka diketahui sempat bekerja sebagai guru bahasa Inggeris. Tapi, semenjak ditahan, ia telah kehilangan pekerjaannya.

Kematian Marhankan menimbulkan banyak kritik untuk sistem keselamatan mahkamah di Taiwan. Kejadian serupa pernah terjadi pada tahun lalu, di mana seorang  banduan menyerang penjaga sandera dengan menggunakan gunting. 

No comments:

Post a Comment