Tuesday, June 21, 2016

Jambun: Pembangkang perlu berdiri atas prinsip, bukan pakatan celaru- Pendapat yang menarik

 FMT| June 20, 2016
Tiada ada yang berubah antara Pakatan Harapan dan PAS sejak terlerainya Pakatan Rakyat, walaupun semuanya telah berlalu sekarang
jambun
KOTA KINABALU: Ekoran pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, seorang aktivis hak asasi manusia teringat kiasan seorang diplomat Eropah yang mengakui di televisyen baru-baru ini bahawa pelarian Syria, kebanyakannya beragama Islam, “tidak baik” untuk benua itu.

Meskipun begitu, Eropah tidak akan mengabaikan pelarian.
“Yang utama bagi kita, sebagai orang Eropah, adalah prinsip,” kata Daniel John Jambun memetik kata-kata diplomat itu. “Kita bertaut pada prinsip walaupun adakalanya ia ‘tidak baik’ untuk kita.”
“Kita mahu lakukan perkara yang betul akhirnya,” kata diplomat itu.

Pengasas Yayasan Borneo’s Plight in Malaysia (Bopim) itu ketika dihubungi berkata Pakatan Harapan (PH) menggunakan strategi yang salah sekiranya mahu kembali bermesra dengan PAS selepas tewas dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

Katanya, sekiranya keinginan itu didorong oleh kemahuan untuk membentuk pembangkang yang bersatu untuk menewaskan Barisan Nasional (BN), maka pembangkang sebenarnya tersasar sekali lagi.
Beliau mahu mengingatkan Pakatan Rakyat terlerai lantaran sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang veto keputusan yang telah disepakati oleh mesyuarat Majlis Pimpinan PR walaupun kerap tidak hadir bermesyuarat.

Hadi juga bertegas dengan bacaan “bersetuju untuk tidak bersetuju” yang disalaherti dan bertindak bersendirian dalam hal usul hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Parlimen.
Malah, menurut tokoh DAP Lim Kit Siang baru-baru ini, Hadi bertegas mahu dinamakan sebagai Perdana Menteri menanti walaupun PR telah bersetuju menamakan Anwar Ibrahim.

Jambun merupakan salah seorang daripada 12 pimpinan PKR Sabah yang digantung sebelum Naib Presiden Jeffrey Kitingan meninggalkan parti itu.
Aktivis itu turut mengingatkan isu-isu lain seperti kenyataan Hadi 7 Mei lalu bersempena pilihan raya negeri Sarawak, dimana Hadi berkata Ketua Menteri Sabah dan Sarawak haruslah beragama Islam.

“Majoriti penduduk di dua negeri ini adalah bukan Islam, kebanyakannya Kristian dan Orang Asal,” kata Jambun. “Betapa naifnya beliau. Hadi juga kata orang Iban punyai kerangka fikiran cawat dan sirat.”

Beliau menambah Hadi turut bertegas Perdana Menteri haruslah orang Melayu dan beragama Islam. “Ini penting untuk kita perhatikan kerana dibawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, bukan semua penganut agama Islam itu orang Melayu.”
Memandang keadaan seperti itu, Jambun bertegas langkah PH pertimbang untuk membawa masuk PAS dalam kalangan mereka sebagai tidak masuk akal.

“Lebih mengejutkan apabila gesaan itu dibuat oleh Amanah yang berpisah daripada PAS tidak lama dahulu selepas dikalahkan, kecuali seorang, dalam pemilihan parti yang menyaksikan kumpulan ulama sapu bersih semua jawatan yang dipertandingkan.”
Tidak ada yang berubah antara PH dan PAS sejak terlerainya PR, walaupun semuanya telah berlalu sekarang, ujarnya.

“Maka untuk bersekutu dengan PAS sekali lagi dengan harapan akan terbentuknya pakatan pilihan raya satu lawan satu adalah usaha sia-sia.”
Prinsip harus diutamakan, rayu Jambun.
“Kita harus akui amaran BN pada 2013 iaitu PR hanyalah ‘perkahwinan kontrak’ yang bersatu atas kebencian terhadap perikatan pemerintah terbukti benar.”

Dengan gagalnya satu perkahwinan kontrak, menurut Jambun, tidak ada sebab untuk menjalinkan satu lagi hubungan sebegitu rupa.
“Mereka yang lupa sejarah akan mengulangi kesilapan mereka.”
PR tidak wujud pada 2008 apabila pembangkang melawan BN tetapi berjaya menafikan majoriti dua pertiga gagasan itu di Parlimen, tegas Jambun.

“Lantas, tidak ada sebab untuk pembangkang membentuk pakatan pilihan raya dengan Islamis menjelang 2018, walau apa pun halangannya.”

3 comments:

  1. PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.

    Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete
  2. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete