Sebagus mana pun calon BN, pemimpin itu tidak ke mana
kerana kebaikan mereka tidak akan mengatasi kejahatan atau keburukan
perdana menteri.
PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) akan
turun berkempen dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan memberi
sokongan kepada parti AMANAH.
Naib Presiden GKCM Rushdan Mohamed berkata kumpulan UMNO pro Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamed membantu calon AMANAH
kerana parti itu turut sama menentang Datuk Seri Najib Razak selaras
dengan gerakan itu mendesak perdana menteri berundur.
“GKCM sudah ke kedua-dua lokasi PRK. GKCM akan berkempen untuk parti yang menentang Najib iaitu AMANAH.
“Saya yakin rakyat juga menyokong apa yang GKCM buat iaitu supaya
mereka memberi undi kepada parti yang melawan Najib (BN),” katanya
kepada FMT.
Rushdan yang juga ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana berkata
walaupun calon yang mewakili BN dalam PRK tersebut mempunyai rekod yang
baik ia tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kejahatan
yang dilakukan Najib.
“Sebagus mana calon dihantar BN Najib, pemimpin tersebut tidak akan
ke mana kerana kebaikan mereka tidak akan mengatasi kejahatan atau
keburukan yang dilakukan tuan (presiden UMNO) mereka,” katanya.
Kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar diisytiharkan kosong selepas
kedua-dua penyandangnya meninggal dunia dalam nahas helikopter di
Sarawak pada 5 Mei lalu.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar sebelum ini ialah allahyarham Datuk Wan
Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad manakala Sungai Besar allahyarham Tan
Sri Noriah Kasnon.
No comments:
Post a Comment