Tuesday, June 21, 2016

Kerajaan Selangor rai kakitangan awam dengan bonus 1 1/2 bulan. Apa lagi hangpa mau

 | June 20, 2016
Penjawat awam negeri akan turut diberikan kenaikan tahunan berganda bagi tahun 2016 sebagai menghargai prestasi penjawat awam Selangor.
azmin-aliSHAH ALAM: Kakitangan awam Selangor menyambut kedatangan Syawal lebih awal apabila bakal menerima bonus sebulan setengah gaji serta peningkatan elaun perumahan pada 1 Julai ini.
Berita baik itu disambut 17,582 kakitangan selepas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali membuat pengumuman tersebut di hadapan lebih 1,000 penjawat awam di Bangunan Sekretariat Selangor di sini hari ini.

Bukan itu sahaja, ADUN Bukit Antarabangsa juga berkata, penjawat awam negeri akan turut diberikan kenaikan tahunan berganda bagi tahun 2016 sebagai menghargai prestasi penjawat awam Selangor.
“Ucapan terima kasih kepada penjawat awam atas komitmen tanpa insentif tidak mencukupi,” katanya.

Ekoran itu, Timbalan Presiden PKR berkata penjawat awam Gred 41 dan ke bawah akan menerima RM300 sebagai elaun perumahan, peningkatan sebanyak RM120 daripada jumlah bulanan semasa sebanyak RM180.

Terdahulu, Azmin menjelaskan pentadbirannya berjaya meningkatkan tabungan negeri daripada RM3.3 bilion kepada RM4.1 bilion tahun ini.

Hujung minggu lalu, Azmin membayangkan penjawat awam akan menerima ‘bonus yang lebih besar’ pada tahun ini selepas berjaya menunjukkan perpaduan di bawah pentadbirannya.

Tahun lepas, kerajaan negeri itu membayar bonus sebulan.
Beliau enggan mendedahkan sebarang maklumat ekoran pilihan raya kecil Sungai Besar tetapi menegaskan ia melibatkan angka yang lebih besar daripada tahun lepas.

No comments:

Post a Comment