Wednesday, June 15, 2016

Kit Siang pelawa calon Pas sertai Pakatan Harapan


Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman
Dr Abdul Rani Osman
SUNGAI BESAR - Calon Pas, Dr Abdul Rani Osman perlu menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar bagi menghentikan kezaliman di Putrajaya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Abdul Rani perlu menarik diri memandangkan Pas tiada harapan untuk menang dalam pertembungan tiga penjuru bagi menentang calon Amanah, Azhar Ab Shukur dan calon BN, Budiman Zohdi.

"Dr Rani adalah seorang yang baik tapi parti dia (Pas) tak begitu baik.
"Saya percaya kalau dia (Abdul Rani) rela untuk sertai Pakatan Harapan, tentu kami akan terima,"katanya ketika Ceramah Umum Pakatan Harapan yang berlangsung di Sungai Besar malam tadi.

Dalam pada itu, Kit Siang memaklumkan bahawa sekiranya Umno ingin ditewaskan dalam PRK kali ini, Pas perlu menarik diri bagi memberi laluan kepada pertembungan satu lawan satu.

Tambah beliau, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyatakan sokongan kepada calon Amanah dan berharap agar Abdul Rani dapat melakukan tindakan sepatutnya bagi menghentikan kezaliman di Putrajaya.

"Kalau dia (Abdul Rani) ingin sertai Amanah, PKR atau DAP, kami amat berbesar hati untuk menerima dan dia perlu menarik diri dari PRK kali ini,"katanya.

No comments:

Post a Comment